Perubahan yang sedang diperkatakan ini mungkin sukar untuk dibayangkan, tetapi teknologi sedang
mempengaruhi banyak aspek kehidupan dan dalam masa sedekad sahaja lagi, banyak perubahan besar
yang akan menukar bentuk rupa kelas di sekolah.
Teknologi akan menyaksikan beberapa perubahan bentuk kelas serta kemudahan sekolah yang perlu
ada untuk memastikan anak-anak pada masa hadapan memperoleh pendidikan yang selari dengan
peredaran masa.
Antara perubahan yang akan berlaku:
- Pemberitahuan gred dan pencapaian melalui online
- Projek berkumpulan menerusi software yang diberikan
- Kerja sekolah yang dihantar secara online dan pembelajaran yang dilakukan menerusi upload
dari sistem - Pelajar menggunakan cloud storage dan bukannya kertas untuk menyalin nota
- Guru, pelajar dan ibu bapa berkomunikasi menerusi media sosial yang dikhususkan untuk
pendidikan. Perubahan juga akan berlaku bukan sahaja di peringkat universiti tetapi di peringkat sekolah-sekolah. - Teknologi akan memaksa rupa bentuk kelas, peralatan dan alat kelengkapan juga perlu berubah.
Antara perubahan bentuk kelas di masa depan:
- Kelas tidak lagi berbentuk empat segi petak, dan murid menghadap guru seperti dulu.
Kelas tidak lagi disusun mengikut susunan dan menghadap papan hitam seperti dulu, sebaliknya ia disusun mengikut keselesaan para pelajar disamping para guru lebih bebas bergerak dan tidak rigid seperti sebelum ini. - Pelajar akan memilih untuk duduk mengikut keselesaan sendiri dan tidak ditentukan oleh para guru. Pendemokrasian dalam pendidikan.
- Dalam kerja berkumpulan pula akan disediakan tempat untuk perbincangan idea serta tempat untuk melakukan perbentangan.
- Projektor interaktif akan menggantikan projektor yang lama.
- Dinding yang bergerak untuk mengikut keselesaan pelajar.
- Untuk pelajar yang mempunyai ADHD atau masalah fokus, pelajar tersebut akan mempunyai ruang tersendiri untuk memastikan mereka selesa dengan pembelajaran.
- VR dan augmented reality akan mengubah lanskap pendidikan
Bayangkan jika anda pelajar masa depan yang mahu mempelajari tentang muka bentuk bumi. Anda akan
memakai goggle untuk melihat augmented reality untuk melihat sendiri lava, magma, mantel dan teras
bumi.
Tidak seperti dahulu dengan menggunakan buku atau poster, pelajar di masa hadapan dapat
melihatnya menerusi teknologi augmented reality dan memahaminya dengan lebih mudah.
Pelajar-pelajar di pedalaman pula tidak perlu ke pusat sains dan hanya perlu melihat sendiri dari bilik
darjah.
- Kerja sekolah mengikut daya kreativiti dan kemahiran mereka.
- Sekiranya anda memberi pelajar anda kerja sekolah pada masa sekarang, sama ada dalam bentuk tulisan pada buku, atau cetakan dalam Microsoft Words. Tetapi pada masa hadapan, mereka akan ada kebebasan untuk menyiapkan kerja sekolah dalam bentuk yang mereka mahu.
- Mungkin dengan menggunakan video grafik, mungkin akan menggunakan slide, atau perbentangan dengan menggunakan
augmented reality.
Teknologi akan menjadi faktor utama dalam menjadikan pendidikan lebih baik pada masa depan. Pelajar akan dapat pengalaman yang berlainan dari zaman sebelumnya.
Pun begitu, kita tidak seharusnya bergantung kepada teknologi, kerana kita memerlukan pemikiran dan model pendidikan yang baru bagi mendepani cabaran zaman akan datang.
Teknologi hanya akan memberi sokongan kepada falsafah pendidikan yang lestari dan demokratik. Yang
paling penting dalam semua ini ialah tenaga pengajar yang sudah bersedia untuk menghadapi segala
kesukaran dalam memahami dunia baru di masa depan.
Dengan adanya teknologi seperti artificial intelligence, gamification, augmented reality dan 3D printing, semua cara yang lama perlu diubah atau ditinggalkan.
Teknologi yang baru ini hanya dapat berfungsi dengan baik sekiranya kita ada mentaliti yang baru.