Virus Wuhan: Mutasi Dari SARS, Sudah Merebak Ke Singapura

Virus Wuhan mula merebak sejak minggu lalu, mula mengancam beberapa negara Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Hong Kong dan Singapura.

Penyakit ini adalah mutasi dari v1rus selsema babi (SARS) yang pernah menular pada tahun 2009 lalu, mula dikesan pada Disember tahun lalu, namun ia mula menjadi wabak apabila minggu lalu, beberapa orang dikesan dengan penyakit ini di Shenzen, China.

Ia adalah sejenis coronav1rus, yang dikesan sejak 2003 di China, namun ia bermutasi menjadi semakin ampuh dengan vaksin yang sedang dibangunkan manusia.

Pada tahun 2003, ketika wabak SARS menular di Hong Kong, 650 kem4tian dicatatkan. Pada 2009 pula, ia merebak ke seluruh Asia, termasuk di Malaysia.

Ia dikatakan bermula dari kelawar di gua-gua China, kemudiannya najisnya menjangkiti haiwan ternakan seperti babi atau haiwan ternakan lain di China. Akibatnya, ia juga menjangkiti penduduk setempat dan mengakibatkan kematian.

Wuhan, terletak di antara Sungai Yangtze dan Sungai Han, adalah bandaraya terbesar di tengah China, dengan 11 juta orang penduduk. Di antara dua sungai ini, terdapat banyak penternak terutamanya penternakan babi di sekitar sungai ini.

Antara yang menjadi punca ialah kerana pembuangan sisa najis ternakan ini ke dalam sungai, mengakibatkan apabila sungai ini melalui bandaraya Wuhan, ia merebak melalui udara dan mengakibatkan jangkitan.

Disebabkan Wuhan adalah hab pengangkutan utama di China, kerana faktor kedudukannya yang berada di tengah China, ia sering menjadi tempat persinggahan pergerakan ramai orang terutamanya dari utara ke selatan. Pergerakan ini mengakibatkan penyakit ini mudah merebak di seluruh China.

Sehingga hari ini, terdapat 554 kes dengan 17 kem4tian, dengan semua kem4tian tersebut di China. China mempunyai 543 kes setakat hari ini.

Thailand mencatat kes paling tinggi di luar China dengan 4 kes, sementara Hong Kong 2 kes, dan Singapura, Jepun, Korea Selatan, Macau, Amerika Syarikat dan Taiwan masing-masing satu kes.

Keadaan ini lebih membimbangkan memandangkan Tahun Baru Cina yang akan berlangsung pada minggu hadapan, mengakibatkan jangkitan wabak itu lebih mudah menular dengan pergerakan orang ramai yang tinggi, terutamanya yang menggunakan pengangkutan awam.

Ini kerana Wuhan adalah hab pengangkutan utama di China, dengan hampir semua laluan keretapi, bas mahupun lapangan terbang melalui bandaraya ini.

Antara simptom-simptomnya ialah batuk kering, demam, kesukaran bernafas, cirit-birit dan sering sakit perut.