V1rus Wuhan: Kisah Dari Orang Yang Tinggal Di China

Wabak v1rus Wuhan kini sudah merebak di banyak tempat di seluruh dunia. Virus ini kini sudah membvnuh 170 orang, dengan sebanyak 7,921 kes dilaporkan menurut laporan rasmi.

Pun begitu, sebuah video Youtube dari nama laowhy86 menceritakan, keadaan di situ sebenarnya jauh lebih teruk daripada apa yang dilaporkan akhbar.

Ini kerana menurutnya, sumber maklumat dari kerajaan China tidak tepat dan banyak fakta dan maklumat disorokkan atas alasan keselamatan dalam negara.

Dengan menggunakan VPN, laowhy86 telah memuatnaik video yang berjudul Coronav1rus – The Lies and The Truth dan China’s Coronav1rus Is Much Worse Than You Think, yang mendapat tontonan sebanyak 1 juta dan 550,000 views dalam Youtube.

Kes v1rus ini sebenarnya sudah mula menular sejak awal Disember tahun lalu, menurut laowhy86 dalam videonya. Satu laporan berita dilaporkan pada 8 Disember 2019 berkenaan dengan penyakit ini.

Tiga minggu kemudian, pada 30 Disember, skuad pakar telah ke Wuhan untuk menyiasat penyakit ini kerana terdapat simptom-simptom yang sama dari kalangan penduduk Wuhan. Pada ketika itu, terdapat kurang dari 57 kes yang sama.

Pun begitu, berita ini telahpun tular di laman sosial di China, Weibo – menyebabkan kerajaan pusat di Beijing bertindak akan menangkap sesiapa yang menyebarkan “berita palsu” ini.

Lapan orang ditahan kerana dituduh sebagai “menyebarkan berita palsu” tentang isu v1rus ini, kerana ia mampu mengganggu gugat keselamatan awam, menurut pihak berkuasa China.

Pada 14 Januari, kem4tian pertama dalam kes v1rus ini, dan apabila media dan wartawan melaporkan perkara ini, wartawan tersebut telah ditahan pihak berkuasa kerana tidak peka dengan larangan dari pihak berkuasa tentang kawalan maklumat berkenaan isu ini.

Peralatan seperti telefon, komputer riba dan kamera dirampas dan wartawan tersebut disoalsiasat.

Dan kerana isu ini semakin membimbangkan penduduk di Wuhan, kerajaan pusat melalui kerajaan tempatan seperti majlis bandaraya Wuhan dan pemerintah Parti K0munis di wilayah Hebei melakukan jamuan makan besar berhampiran pasar Wuhan, dengan kehadiran seramai 100,000 orang.

Jamuan makan besar ini dilangsungkan pada 18 Januari sempena menyambut Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, namun tujuan sebenarnya ialah untuk menutup berita tentang v1rus ini yang mula mencetuskan kebimbangan orang ramai di Wuhan.

Selepas jamuan makan besar tersebut, sebanyak 39 kes dilaporkan terutamanya para penari dan mereka yang hadir dalam jamuan tersebut.

Ini mengakibatkan isu tersebut semakin mencetuskan kebimbangan bukan sahaja penduduk di Wuhan, bahkan seluruh China.

Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, Wuhan adalah hab pengangkutan utama di China. Ini kerana kedudukan bandar tersebut yang berada di tengah-tengah negara tersebut, dan menjadi laluan setiap perjalanan destinasi dalam negeri.

Hanya pada 22 Januari, barulah arahan dari pihak berkuasa China untuk seluruh warga dari Wuhan agar memakai topeng bagi mengelakkan penyakit ini berjangkit. Dan pada esoknya, seluruh bandaraya ini ditutup dengan akses seperti kereta api, lapangan terbang dan stesen bas semuanya ditutup.

Pun begitu, lebih 5 juta warga China dari Wuhan, telah keluar dari bandar ini semenjak kes kem4tian pertama, dan itu tidak dilaporkan oleh media yang dikuasai Parti K0munis China.

Dan sejak itu, kes itu tersebar di seluruh China, Jepun, Thailand, Malaysia, Perancis, Singapura, Amerika Syarikat, Finland dan banyak lagi.

Disebabkan isu ini, Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang mengaku salah di hadapan media massa, dan bertanggungjawab tentang masalah ini. Masalahnya, isu ini datang dari pihak atasan yang menyuruh pihak media tidak melaporkan perkara ini.

Di China, isu yang paling sensitif ialah isu yang boleh “menggugat keharmonian” seperti isu v1rus Wuhan ini. Ini kerana dalam sepanjang sejarah China, hanya dengan cara itu sahaja dapat menyatukan negara seluas 9.6 juta kilometer persegi, dan penduduk sebanyak 1.4 billion dari 56 kaum yang diiktiraf di negara tersebut.

Dalam sejarah China sepanjang 2,400 tahun, pergolakan dan penggulingan kuasa berlaku apabila berlaku bencana alam (gempa bumi, banjir, kemarau, wabak) menyebabkan keabsahan kuasa pemerintah tersebut tidak lagi dilihat sah lagi.

Dalam buku sejarah, ia dipanggil “Mandat Dari Syurga” (Mandate From Heaven, Mandarin: 天命 (Tian Ming)”.

Konsep ini telah berada sebati dalam peradaban negara ini sejak beribu tahun, dengan melihat sesuatu bencana sebagai tanda penguasa tidak lagi mendapat mandat dari Tuhan.

Walaupun hari ini China kini sebuah negara republik k0munis yang diperintah oleh Parti K0munis China, namun penduduk di China masih mempercayai konsep ini dan kerana itu, media ditegah melaporkan berita bencana kerana ia membimbangkan pemerintah di Beijing.

Perkara ini berlaku pada 2008 ketika gempa bumi di Sichuan, dan ketika media antarabangsa melaporkan berita tersebut, media di China cuba menutup perkara tersebut dari penduduk awam kerana tidak mahu mencetus kebangkitan rakyat China menentang kerajaan k0munis di Beijing.

Walaupun China negara yang ekonominya kedua terbesar di dunia (US$12.24 trillion, RM50.5 trillion), tetapi ekonominya tidak sekata. Pertumbuhan pesat ekonominya hanya berada di pinggir laut di sebelah timur, dengan mempunyai 300 juta golongan pertengahan (middle class), yang teramai di dunia hari ini.

Sebagai perbandingan, penduduk Amerika Syarikat mempunyai 327 juta orang penduduk.

Walaupun begitu, lebih 1.1 billion orang penduduk tinggal dalam kemiskinan tegar, terutamanya mereka yang tinggal di sebelah barat, yang dipanggil sebagai garisan Hu.

Kekayaan yang tidak sekata mencetuskan ketidakpuasan hati dari kalangan penduduk luar bandar, dan kerana itu pemerintah di China bimbang sekiranya berita ini tersebar, ia bakal mencetuskan kebangkitan orang ramai, seterusnya menjatuhkan kerajaan k0munis ini.

https://iamlejen.com/10-fakta-tentang-wuhan-yang-ramai-orang-tidak-tahu/#.XjMCBk8zbs0