Usia Bukan Penghalang, Nenek Ini Dapat Ijazah Selepas 7 Dekad

Graduan ini yang juga merupakan seorang nenek telah memperoleh ijazah daripada Universiti Minnesota selepas 7 dekad cuba memilikinya.

Sumber: UNILAD

Lebih menarik lagi, Betty Sandison merupakan orang pertama dalam keluarganya yang sambung belajar dengan mengikuti kursus selama setahun di UniversitI Minnesota untuk menjadi seorang jerawat pada tahun 1955.

Selepas memperoleh sijil, Betty memulakan kelas ijazah perguruan yang akan membawanya untuk memperoleh ijazah sarjana muda.

Apabila memasuki alam perkahwinan, Betty terpaksa berhenti usahanya memiliki ijazah kerana mengikut langkah kerjaya suaminya.

Namun begitu, tidak pernah sekali Betty putus harapan dalam keinginannya untuk dapatkan segulung ijazah yang diidamkan.

Betty Sandison mula merealisasikan impiannya semula dengan mendaftar kelas di universiti pada tahun 2018.

Perkara paling mencabar sepanjang tempoh pengajiannya adalah penggunaan teknologi komputer.

Malah semasa kelas berlangsung dalam maya kerana pandemik COVID-19, Betty hampir ingin membatalkan impiannya itu.

Sumber: Sunny Skyz

Walau bagaimanapun, seminggu selepas hari jadinya yang ke-84, Betty Sandison menerima hadiah yang terbesar dalam hidupnya apabila berjaya menerima ijazah sarjana muda yang diusahakan selama 60 tahun itu.

Betty berharap dengan pencapaiannya ini dapat menggalakkan lebih ramai orang yang seusia dengannya ingin sambung pelajar hingga ke menara gading.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: