Untuk Hasilkan Bau Unik, 4 Bahan Pelik Ini Digunakan Dalam Minyak Wangi

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Sekiranya anda merupakan seorang peminat minyak wangi, pernahkah anda melihat senarai isi kandungan pada botol atau kotak bungkusan wangian berkenaan?

Kami akan kongsikan empat bahan rare dalam minyak wangi yang membuatkan wangian berkenaan menghasilkan bau unik menerusi artikel ini:

1. Ambergris

Sumber: Metro

Ambergris ialah air liur ikan paus yang ditemui dalam lapisan usus haiwan berkenaan. Untuk pengetahuan anda, ambergris mampu meningkatkan haruman dan aroma kasturi. Selain itu, ia turut digunakan dalam minyak wangi Chanel No.5 yang asli.

Walaupun begitu, sebahagian besar minyak wangi yang menggunakan bahan ini telah menggantikannya dengan varian sintetik.

2. Kaktus

Kaktus ini sebenarnya banyak digunakan dalam penghasilan makanan, perubatan dan upacara ritual. Namun, tahukah anda bahawa ia turut digunakan dalam wangian?

Ini kerana kaktus mengeluarkan aroma hijau yang segar dan banyak digunakan dalam penghasilan minyak wangi uniseks sebagai contoh Xeryus Rouge dan Demeter Prickly Pear Parfum Givenchy.

3. Najis musang luwak

Sumber: Iluminasi

Bukan sahaja najis haiwan ini digunakan untuk menghasilkan salah satu biji kopi paling mahal di dunia, ia turut menghasilkan bau floral apabila direndam dalam alkohol. Sekiranya anda mahu tahu, wangian tersebut mempunyai bau yang berseri dan lembut.

4. Serbuk letupan

Sumber: Tribun News

Serbuk mesiu ataupun turut dikenali sebagai serbuk hitam ini merupakan sebatian kimia yang terdiri daripada sulfur, arang dan kalium nitrat. Serbuk ini juga banyak digunakan sebagai bahan pendorong dalam senjata api, roket dan bunga api.

Tidak berhenti di situ, ia turut digunakan sebagai bahan letupan dalam perlombongan dan kuari. Wangian ini menjadi kegemaran ramai kerana aromanya yang pedas dan berasap.

Selepas baca artikel ini, apakah bahan yang paling pelik pernah anda dengar digunakan dalam minyak wangi?

Sumber: