Trend Ketakutan Untuk Jatuh Cinta

Saya menonton video pendek ini dari YouTube, tentang satu fenomena di pasca moden ini iaitu betapa ‘rare‘nya sebenarnya kita jatuh cinta.

Di bawah adalah link, dan ini adalah artikel saya kupaskan.

Apabila heboh di Twitter saya lihat perkelahian antara dua kaum – yang pragmatik, yang percayakan kestabilan dari emosi, dengan yang idealis atau romantis, yang percaya cinta itu melebihi dari harta benda, saya memilih untuk senyap.

Tapi saya berfikir panjang selepas menonton wawancara pendek dengan tokoh falsafah yang saya minat dari Slovenia, Slavoj Žižek.

Žižek bercakap tentang ‘jatuh cinta’ ini adalah suatu ‘event’, acara – perkara yang berlaku dalam seumur hidup kita.

Event ni macam contoh, korang menang pertandingan lumba lari peringkat sekolah. Bukan hari-hari korang boleh menang, kan?

Event ni tak sama macam rutin, benda yang hari-hari korang buat. Sebagai contoh, hari-hari korang makan, hari-hari korang maki lampu isyarat, atau hari-hari korang mandi. Benda setiap hari korang buat.

Dalam kehidupan kita, sudah pasti kita lalui rutin kita sehari-hari, dan sekali sekala, akan berlaku event dalam hidup kita. Adakalanya event tu tak memberi impak sangat dalam hidup kita, tapi adakalanya, event tu memberi kesan pada hidup kita bertahun-tahun lamanya.

Dalam menceritakan tentang perkara rutin vs event ni, eloklah saya kepilkan lagu yang relevan, iaitu Teenage Dirtbag dari kumpulan Wheatus.

Lagu ini mengisahkan seorang loser yang crush dengan seorang makwe yang cantik, tapi rutinnya kena buli kat sekolah.

Dalam lagu ini, dia bercerita tentang perasaannya terhadap makwe ni, dalam masa sama, makwe ni dah ada boyfriend – dan boyfriend dia seorang as$hole yang suka buli dia.

Pendek kata, boyfriend makwe ni membuli dia secara rutin.

Pada verse terakhir, makwe tu ajak dia tengok konsert Iron Maiden “come with me Friday, don’t say maybe“, dan sudah pasti ini menjadi event terbesar dalam hidup mamat tu, betul tak?

Apabila orang mengatakan tentang JATUH CINTA, orang jarang melihat impak jatuh cinta tu sebagai ‘event‘, sebaliknya orang hanya nak bersembang tentang kelangsungan rutin hari-hari. Dan dari situ orang bercerita tentang kestabilan daripada perasaan dalam fahaman pragmatisme.

Dan sejak The Great Recession (kejatuhan ekonomi 2008/09), millennials tidak melihat event jatuh cinta sebagai perkara yang signifikan dalam hidup. Orang lebih suka bercakap tentang kejayaan dalam karier atau bidang yang diceburi, misalnya.

Kerana pada millennials, jatuh cinta tidak membantu apa-apa untuk diri kecuali hanya terbuai-buai dalam perasaan. Millennials mahukan kedudukan ekonomi yang kukuh sebab cinta bukan boleh buat kenyang, macam makan nasi, betul tak?

Kalau kau ni jenis rajin kaji lagu Top 40 dari tahun 1950an sampai sekarang, kau akan perhatikan era 50an dan 60an banyak lagu cinta yang menguasai carta, dan begitu juga di tahun 90an, berbanding sekarang.

Pernah terfikir?

Sebab cinta pun berkait dengan ekonomi.

Dalam video Vox yang mengkaji tentang perkara ini, terdapat satu hubungkait antara cinta dan ekonomi – di mana, kalau korang dalam kelompok kelas pertengahan, peluang korang untuk jatuh cinta lebih mudah berbanding kau berada di kelas pekerja.

Saya ambik contoh diri sendiri lah. Sebelum lewat 90an sampai sebelum krisis ekonomi 2008, saya dalam tax bracket golongan middle class. Ayah saya seorang usahawan, begitu jugak mak saya. Jadi, kemampuan saya untuk bercinta tu ada.

Saya boleh beli baju lawa, boleh dating dengan makwe tanpa memikirkan tentang betapa susahnya untuk berbelanja sewenang-wenangnya.

Ini berbeza dengan saya sekarang. Dengan pasaran buku yang tengah slow ni, saya tak rasa saya mampu untuk berjalan ke luar negara, macam saya selalu buat masa scene buku tengah cantik.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, tengok movie kat wayang pun setahun sekali. Kalau dulu, kalau boleh setiap minggu nak tengok wayang.

Jadi, macam mana nak bercinta kalau kita takde duit untuk keluar dating?

Maka ia berbalik pada isu rutin vs event tadi.

Apabila cinta dah jatuh dalam keadaan rutin, kita mula memikirkan hal-hal remeh macam nak belikan makwe mekap kat Sephora, atau pening bila isteri ajak pergi Bangi Sentral untuk beli tudung dUCk terbaru.

Antara sebab kegagalan dalam percintaan ialah kurangnya aktiviti untuk dijadikan event macam tiba-tiba korang ajak makwe/pakwe korang pergi roadtrip ke, atau tiba-tiba kau ajak isteri/suami pergi konsert ke?

Dan perkara itu akan sentiasa diingat. Bila jatuh kategori rutin, ia akan jadi bosan.

Ia tidak lagi dalam keadaan event macam masa mula-mula first date dulu.

Blink 182 – First Date

First date akan sentiasa jadi yang terindah, sebab ia event. Bukan selalu kita akan dapat first date. Tapi bila dah hari-hari jumpa, itu jadi rutin.

Bagi aku la, dalam isu perdebatan tentang lelaki miskin tak boleh bercinta dan berkahwin tu, dua-dua ada betul dan dua-dua salah. Tak ada absolute truth kat situ.

Sebab kita bercakap tentang perspektif, dan masing-masing nak menegakkan perspektif masing-masing.

Tapi dalam masa sama, saya mengkritik juga sikap millennials yang tak nak bina hidup sama-sama. Nak yang dah stabil je baru boleh couple dengan dia. Mana cabarannya? Hari ni lelaki tu kaya, kau cinta dia. Nanti bila miskin, kau blah camtu je ke? Tak boleh la macam tu, kan?

Saya rasa, perkara terbaik dalam percintaan ini ialah cuba mencipta event dalam masa menjalani rutin bersama-sama. Mana ada orang hari-hari honeymoon, beb. Tapi boleh menjalani rutin dengan jalan hidup terindah, menjadi tua bersama-sama.

Cinta ini indah, bila kau gunakan perasaan yang ada, sebagai semangat untuk teruskan rutin sehari-hari.

Hanya bila menghargai cinta bukan dalam bentuk material, dalam masa sama bekerja keras mendapatkan material untuk hidup bersama yang tercinta, barulah bahagia.