Baru-baru ini peminat makanan laut berlumba-lumba mencari gerai yang menjual tiram mentah.
Lihat sahaja di media sosial, ramai yang berkongsi pengalaman mereka menikmati menu tiram mentah dicecah bersama sos mahupun perahan lemon. Bahkan ramai yang sanggup beratur panjang demi membelinya.
Pada kebiasaannya, hidangan ini akan dijual di restoran-restoran mewah. Namun kini, ramai peniaga gerai tepi jalan dan pasar malam juga menjualnya.
Makan tiram mentah sememangnya bagus untuk kesihatan tetapi jika diambil secara berlebihan ia akan menyebabkan kemudaratan.
Berdasarkan perkongsian daripada Public Health Malaysia (PHM), terdapat risiko Vibriosis bagi sesiapa yang makan tiram mentah tanpa dimasak.
Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai. Tambahan pula, hidupan laut seperti tiram dan kerang memang ada bakteria ini.
Apabila berada di suhu bilik, bakteria ini akan berganda lebih banyak. Tiram mentah yang ada bakteria ini juga kelihatan sama dengan tiram yang tidak ada bakteria termasuklah bau dan rasanya.
Sebahagian besar penyakit ini terjadi pada musim panas. Dalam masa yang sama, jangkitan Vibrioisis ini juga boleh menjangkiti manusia melalui luka.
Namun tidak kira bila dan di mana, risiko penyakit ini boleh meragut nyawa adalah tinggi walaupun hidangan telah dimasak.
Memandangkan kita tidak dapat mengesan tiram yang mengandungi bakteria berbahaya melalui bau atau rasa. Jadi cara terbaiknya adalah memasaknya sebelum makan.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: