Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menukar minggu bekerja menjadi empat hari setengah sahaja dalam seminggu untuk meningkatkan produktiviti dan meningkatkan keseimbangan kehidupan bekerja.
Keputusan ini juga dibuat bagi meningkatkan daya saing ekonomi. Peralihan tersebut akan memastikan transaksi kewangan, perdagangan dan ekonomi berjalan lancar.
Ini bagi memudahkan hubungan dan peluang perniagaan antarabangsa yang lebih kukuh untuk beribu-ribu syarikat yang berpangkalan di UAE dan multinasional.
Negara itu akan melaksanakan penukaran ini bermula 1 Januari tahun hadapan. Minggu bekerja akan diubah pada hari Isnin sehingga hari Jumaat jam 12 tengah hari.
#UAE announces today that it will transition to a four and a half day working week, with Friday afternoon, Saturday and Sunday forming the new weekend.
— UAEGOV (@UAEmediaoffice) December 7, 2021
All Federal government departments will move to the new weekend from January 1, 2022. pic.twitter.com/tQoa22pai9
Difahamkan, mereka akan bekerja selama lapan jam untuk empat hari manakala hari Jumaat berkemungkinan akan lebih fleksibel kerana boleh memilih untuk bekerja dari rumah atau pejabat.
Namun begitu, syarikat dalam sektor swasta tidak pasti akan mengikuti pelaksanaan ini atau tidak.
Kebanyakan negara majoriti Islam seperti Arab Saudi melaksanakan sistem kerja Ahad hingga Khamis bagi memudahkan urusan solat Jumaat.
Manakala sebilangan syarikat dan beberapa negara telah mengikuti sistem empat hari bekerja seperti di Iceland, Ireland, Scotland, Sepanyol, Jepun, New Zealand dan Sweden.
Negara-negara ini telah mengumumkan percubaannya dan kajian mendapati negara New Zealand, Iceland dan Jepun menunjukkan keputusan yang positif.
Ini kerana kesejahteraan pekerja bertambah baik dan produktiviti meningkat dalam keadaan situasi bekerja yang baharu.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: