Tiga Filem ‘Horror’ Ini Terinspirasi Daripada Kisah Benar

Filem horror sememangnya merupakan genre filem yang menjadi pilihan ramai. Walaupun kebanyakan orang menganggap filem seram ini hanyalah sekadar fiksyen, tetapi kebanyakan filem-filem ini sebenarnya terinspirasi daripada kisah sebenar.

Berikut adalah tiga filem horror yang terinspirasikan daripada kisah benar.

Psycho (1960)

Sumber: Pinterest

Ramai yang mempercayai bahawa karakter Bates adalah berdasarkan seorang lelaki bernama Ed Gein, yang turut terkenal sebagai The Butcher of Plainfield.

Ed Gein telah melakukan pembunuhan bersiri dan mempunyai perasaan terhadap ibunya sendiri.

Kebenaran yang mengerikan ini akhirnya diketahui ramai pada tahun 1957, berikutan daripada misteri kehilangan Bernice Worden yang kemudiannya dijumpai di dalam rumah Gein.

Mayat Worden ditemukan dalam keadaan organ dalamannya dikeluarkan dan kulit dan tulangnya serta anggota badan daripada mangsa lain juga telah dijadikan sebagai perabot.

Lebih mengerikan lagi, Gein juga telah menggunakan kulit manusia untuk dijadikan sebagai pakaian.

Kisah ini bukan sahaja menjadi inspirasi kepada filem Psycho, tetapi filem horror yang lain turut mengadaptasikan kejadian yang mengerikan itu seperti The Texas Chainsaw Massacre di mana karakter utamanya memakai topeng yang diperbuat daripada muka manusia.

The Amityville Horror (2005)

Sumber: IMDb

Filem ini mengisahkan sepasang pasangan sudah berkahwin yang telah berpindah ke rumah baru di Amityville yang terletak di Long Island, New York.

Mereka akhirnya mendapat tahu tentang sejarah gelap di tempat itu dan terdapat kisah benar daripada filem seram tersebut.

George dan Kathy Lutz memutuskan untuk berpindah keluar dari rumah idaman mereka pada tahun 1976 kerana mengalami gangguan daripada makhluk halus.

George menyatakan bahawa dia meninggalkan tempat itu atas sebab keselamatan mereka sekeluarga.

Pada tahun 1974, enam orang daripada keluarga DeFoe telah ditembak mati pada alamat yang sama oleh salah seorang anak lelaki mereka yang turut menetap di rumah yang sama.

Pada awalnya, dia telah menyatakan bahawa dia menjumpai mayat-mayat tersebut dalam rumah yang berkunci itu tetapi akhirnya dia telah didakwa membunuh.

Terdapat banyak spekulasi tentang kejadian tersebut, terutamanya apabila keluarga Lutz turut masuk campur dan memberitahu tentang perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Banyak kes mahkamah yang turut cuba untuk mencari kebenaran di sebalik kisah tersebut. Buat masa sekarang ini, rumah itu telah diubahsuai semula dan telah dibeli pada tahun 2017.

Wolf Creek (2005)

Sumber: IMDb

Diarahkan oleh Greg McLean, filem horror dari Australia ini menceritakan kisah tiga orang backpacker yang telah diculik oleh Mick Taylor.

Filem ini telah mengambil inspirasi daripada kisah benar tentang pembunuhan Peter Falconio pada tahun 2001 dan juga pembunuhan backpaker Ivan Milat.

Pada 14 Julai 2001, seorang pelancong dari Britain, Peter Falconio dan kekasihnya, Joanna Lees sedang bersiar-siar di Stuart Highway daripada Alice Springs menuju ke Darwin.

Ketika mereka sudah mula bergerak pada jam 7:30 malam, mereka menyedari bahawa ada sebuah kenderaan yang sedang mengikuti mereka sejak mereka berhenti di Barrow Creek.

Pada mulanya, mereka cuma menganggap bahawa kenderaan itu ingin memotong mereka.

Namun, pemandu tersebut, Bradley John Murdoch, telah menahan mereka dan memberitahu bahawa ada percikan api yang keluar daripada ekzos van mereka.

Falconio dan Murdoch pergi ke belakang untuk memeriksa dan Lees telah bergerak ke tempat duduk pemandu untuk menggerakkan enjin.

Tiba-tiba, kedengaran sebuah bunyi dentuman yang kuat dan tidak lama selepas itu, Murdoch muncul di tingkap bersebelahannya sambil mengacukan pistol.

Murdorch kemudiannya masuk ke dalam van tersebut, mengikati tangan Lees ke belakang dengan tali kabel tetapi Lees mula bergelut ketika lelaki itu ingin mengikat kaki dan menutup mulutnya.

Susulan itu, mereka akhirnya berpindah ke kereta Murdorch dan Lees cuba untuk melarikan diri ketika lelaki itu sedang menyembunyikan mayat kekasihnya itu yang masih belum ditemui sehingga sekarang.

Lees menyembunyikan diri berjam-jam lamanya dan setelah dia yakin Murdorch telah meninggalkan tempat kejadian, dia cuba untuk menahan seorang pemandu pada sekitar jam 12:35 pagi yang menghantarnya pulang ke Barrow Creek.

Murdorch akhirnya didapati bersalah pada tahun 2005 dan telah dihukum penjara selama 28 tahun.

Kes itu telah dikatakan sebagai salah satu siasatan polis yang teliti di Australia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: