Ketua pegawai eksekutif Tesla, Elon Musk menerangkan bahawa pada tahun 2024, Tesla akan mengeluarkan teksi tanpa pemandu (Robotaxi).

Robotaxi akan dikeluarkan secara besar-besaran dan ia akan menjadi “pemandu terbesar” dalam sejarah Tesla.
Musk menerangkan bahawa kenderaan ini tidak mempunyai stereng atau pedal kereta. Beliau juga ada beritahu sedikit demi sedikit tentang inovasi menarik lain yang sedang mereka buat.
Jangkaan kos untuk menggunakan Robotaxi sememangnya lebih murah berbanding menaiki bas atau kereta api.

“Saya merasakan bahawa kita akhirnya akan sediakan kepada pengguna, setakat ini, kos termurah pengangkutan perbatuan yang mereka pernah rasai. Ia sememangnya sangat berbaloi.” terang Musk.
Terdapat persoalan tentang bila Tesla akan sarankan kereta tanpa pemandu boleh digunakan sepenuhnya secara praktikal.
Musk menjelaskan bahawa bagi merealisasikan perkara ini, perkara yang perlu diselesaikan dulu adalah tentang Artificial Intelligence (AI) ke dunia sebenar, tiada siapa yang pernah berjaya menyelesaikan perkara ini.
Terangnya lagi, seluruh sistem jalan raya dibuat untuk rangkaian neural dan mata. Dengan ini, penyelesaian bagi rangkaian neural dan kamera untuk sampai ke tahap yang setaraf atau melebihi kebolehan manusia perlu dibuat.
Musk menjangka hal ini dapat diselesaikan pada tahun ini.
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: