Taman Arca Pelik Dan Misteri, Dihiasi Patung Yang Menyeramkan

taman-arca-pelik-dan-misteri-dihiasi-patung-yang-menyeramkan_1
Sumber: Kisah Kisah Misteri Dunia

Taman arca Veijo Ronkkonen merupakan tempat paling pelik di dunia dan boleh dikatakan agak menakutkan kerana terletak di pendalaman hutan Parikkala, Finland.

Setiap patung arca yang ada di situ kelihatan pelik dan misteri, malah menyeramkan. Bayangkan kalau anda tersesat di sekitar kawasan itu pada waktu malam.

Taman ini dibuka kepada orang ramai untuk lawatan bahkan menjadi salah satu tarikan utama di negara Finland. Dinamakan sebagai taman Veijo Ronkkonen sempena nama pemiliknya. Beliau tinggal secara bersendirian di sekitar Parikkala.

Dikatakan Veijo dianggap pelik oleh masyarakat tempatan kerana sikapnya yang suka menyendiri dan tidak bercampur dengan orang lain.

Kemudian, dia mengambil keputusan untuk membina sebuah taman lalu meletakkan pelbagai jenis patung yang berwajah seram dan menakutkan.

Ketika dia ditanya tujuan mewujudkan taman serta membina patung berkenaan, jawapan yang disampaikan oleh Veijo adalah menganggap bahawa itulah ekspresi daripada mindanya.

Patung berwajah pelik yang ada di taman arca tersebut merupakan ‘kawan’ yang tinggal serumah dengan Veijo.

Sumber: Kisah Kisah Misteri Dunia
Sumber: Kisah Kisah Misteri Dunia

Walaupun pada awalnya ia merupakan taman biasa, namun saban hari pengunjung semakin tertarik menyebabkan ramai datang ke tempat berkenaan. Berikutan hal itu, Veijo dianugerahkan pingat daripada kerajaan Finland.

Masyarakat setempat berpendapat bahawa Veijo mengalami tekanan jiwa sehingga nampak bayangan dalam mindanya. Lebih menakutkan lagi, patung-patung yang dibina itu adalah makhluk yang menemaninya ketika berada di dalam rumah.

Difahamkan bahawa terdapat sebanyak 500 patung-patung seram yang dibina Veijo dalam taman itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: