Alphabet yang merupakan syarikat induk Google telah mengalami kejatuhan saham semalam selepas syarikat itu tidak mencapai jangkaan pendapatan suku pertama.
Alphabet melaporkan pendapatan bersih $16.4 bilion iaitu RM71 bilion, atau $24.62 atau RM106.48 per saham.
Pada tahun lepas, Alphabet mencatatkan pendapatan tahunan sebanyak $257 bilion iaitu RM1.1 trilion yang kali pertama mencecah lebih $200 bilion selama setahun.
Namun, jika dibandingkan dengan pendapatan suku pertama tahun 2021 sebanyak $17.9 bilion atau RM78 bilion, pendapatan Alphabet jatuh lebih $1 bilion, kepada $16.4 bilion atau RM71 bilion.
Syarikat itu, bersama-sama dengan Microsoft, memulakan tahun pendapatan big-tech, pada waktu yang sukar untuk sektor itu.
Saham teknologi secara meluas, telah mengalami kemerosotan. Indeks Komposit Nasdaq turut jatuh kepada 20% setakat ini, dan 11% dalam tempoh 12 bulan terkini, kerana pelabur bimbang tentang usaha Rizab Persekutuan untuk memerangi inflasi.
Netflix, salah satunya, juga baru-baru ini melaporkan penurunan pelanggan yang menyebabkan sahamnya jatuh.
Pendapatan perkhidmatan Google berjumlah $61.47 bilion atau RM268 bilion. Ini juga termasuk hasil pengiklanan $54.66 bilion atau RM238 bilion dan hasil lain sebanyak $6.81 bilion atau RM30 bilion. Manakala hasil cloud mencecah $5.82 bilion atau RM25 bilion.
Ketua Pegawai Kewangan, Ruth Porat berkata, pertumbuhan pendapatan dalam perniagaan pengiklanan syarikat akan menghadapi perbandingan yang sukar pada suku kedua 2022.
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: