Mengikut lapor laman berita Wion News, koleksi surat cinta yang ditulis oleh bintang rock America Syarikat (AS), Bob Dylan kepada kekasihnya semasa zaman sekolah menengah berjaya dijual dengan harga AS$670,000 (RM3.07 juta).

Surat-surat itu dijual kepada sebuah kedai buku popular di Portugal, Livraria Lello.
Surat tersebut ditulis kepada Barbara Ann Hewitt lewat tahun 50-an oleh Dylan, 81. Dalam penulisan surat itu, Dylan menyatakan cintanya sambil berkongsi impian bersama wanita itu.
Semasa surat itu ditulis, dia dikenali sebagai Bob Zimmerman.

Dylan berkongsi rancangan untuk menukar namanya pada masa hadapan dan dia berharap untuk menjual berjuta-juta piring hitam satu hari nanti seperti dinyatakan dalam surat tersebut.
Firma lelongan, RR Auction telah mengeluarkan kenyataan bahawa Livraria Lello merancang menyimpan 42 surat tulisan tangan berjumlah 150 muka surat lengkap yang tersedia untuk peminat Dylan dan sajana untuk dikaji.
Dylan menjemput kekasihnya ke sebuah rancangan dipanggil Buddy Holly dalam surat yang ditulis itu.
Dia juga menulis beberapa puisi sambil menyatakan rasa sayangnya kepada Hewitt.
Selepas Hewwit meninggal dunia pada tahun 2020, anak perempuannya menemui surat-surat tersebut.
Pada masa yang sama, bukan setakat surat cinta tulisan tangan saja dijual, malah beberapa cenderahati milik Dylan turut dijual dalam lelongan itu. Termasuklah arkib 24 ‘Puisi Tanpa Judul’ dan gambar Dylan yang ditandatangan olehnya.
Untuk membaca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: