Syarikat Teknologi Pertanian di Malaysia ini akan membuka ladang dalam bangunan terbesar pada suku ketiga 2022 (3Q22).

Mereka sedang membinanya dari bulan September 2020. Ladang tersebut dibina dalam tiga tingkat di Menara Sunway dan luasnya adalah 37,000 kaki persegi.
Jangkaan mereka ialah ladang tersebut boleh menghasilkan paling kurang, 13,000 kilogram sayuran segar dengan bebas racun setiap bulan.
Eleanor Choong iaitu Ketua Pegawai Operasi Sunway XFarms terangkan bahawa ladang ini mampu memberi penduduk bandar Kuala Lumpur menikmati hasil segar.
Faedah pemakanan akan meningkat disebabkan sayuran ditanam tengah bandar dan memudahkan penghataran ke restoran dan menggunanya dalam tempoh tiga jam selepas penuaian.
Oleh itu, proses mengeluarkan makanan segar ke pengguna akan menjadi lebih mudah dan cepat.
Kata pegawai itu lagi, XFarms mampu menghasilkan 10 kali ganda lebih banyak hasil dengan menggunakan air yang 90 peratus kurang dari pertanian tradisional sekaligus mengurangkan lima peratus pembaziran di ladang.
Tambahan pula, bagi mengekalkan kualiti yang tinggi, ladang terletak dalam persekitaran yang selamat dan terkawal dengan rangkaian penderia dan kemera pintar yang mengeluarkan analisis secara langsung kepada pengurus ladang.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: