Semakin bertambah tahun, semakin sukar sukatan pembelajaran di sekolah. Rata-rata pelajar mempunyai lebih kurang 10 subjek yang perlu dipelajari di sekolah.
Itu belum termasuk dengan sukatan pembelajaran yang hampir saban tahun berubah. Kebanyakan ibu bapa merasa bimbang dengan pembelajaran anak mereka.
Silibus pembelajaran di Malaysia agak sukar kerana ingin bersaing dengan negara-negara maju. Namun demikian, kita haruslah mengukur baju di badan sendiri.
Negara maju mempunyai kemudahan pembelajaran yang lebih hebat dan canggih jika hendak dibandingkan dengan kemudahan yang berada di sekolah-sekolah di Malaysia.
Bahkan, ada sesetengah negara yang memerlukan guru-guru mereka untuk mempunyai kelayakan ijazah sarjana (Master) bagi melayakkan mereka berada di barisan akademik sekolah.
Kementerian Pendidikan seharusnya memikirkan strategi dan langkah-langkah bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas.
Ini termasuklah dengan tidak membebani para pelajar dengan silibus pembelajaran yang tinggi hanya semata-mata kerana ingin bersaing dengan dengan negara maju.
Kita seharusnya sedar bahawa pemupukan minat yang tinggi dalam belajar itu jauh lebih penting daripada meninggikan silibus pembelajaran di sekolah.
Hal yang demikian juga, dengan meningkatkan dana bantuan kepada pendidikan sekolah agar wujudnya generasi yang lebih berkualiti dan bijaksana.
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: