Kehidupan seorang pelajar semestinya menjanjikan kesibukan kerana banyak tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar dalam masa yang singkat.
Sebagai pelajar universiti memang tidak lari daripada masalah stres yang terpaksa dihadapi agar segala tugasan dapat diselesaikan dengan baik.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan bagi melepaskan tekanan adalah dengan pergi bersiar-siar. Apabila anda mempunyai masa lapang, cubalah keluar dan menikmati nature.
Sebagai contohnya, pergi berkelah ke pantai, pergi berjoging di taman atau tasik. Anda juga boleh pergi hiking di mana-mana bukit yang berdekatan.

Selain itu, ketika cuti semester anda boleh merancang percutian bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Anda pergi berehat dan menikmati waktu bersama yang tersayang sebelum kembali semula untuk semester yang baharu.
Di samping itu, anda juga boleh mencuba hobi baru seperti memancing, berbasikal, bermain badminton, bermain bola sepak dan sebagainya.
Setiap waktu yang dilalui itu akan terasa lebih bermakna sekiranya anda menghabiskannya dengan melakukan perkara-perkara yang menggembirakan anda.
Anda juga boleh melakukan aktiviti sukarelawan sebagai contohnya, membantu mangsa-mangsa banjir dengan membersihkan rumah mereka.

Pertolongan anda mungkin kelihatan kecil bagi anda, tetapi cukup bermakna untuk mereka yang memerlukan. Melalui aktiviti sukarelawan, sikap prihatin, bekerjasama dan bertanggungjawab dapat dipupuk tanpa sedar.
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: