SPRM Tahan 3 Pegawai MBSA Didakwa Terima Rasuah Sehingga RM3,500 Secara Bulanan

Baru-baru ini, nama pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia menjadi bualan ramai selepas beliau membongkarkan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan daripada pendedahan Mohd Asri Hamid, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada hari ini.

Hal ini demikian kerana ketiga-tiga individu itu dipercayai telah mengutip dan menerima rasuah secara bulanan untuk melindungi premis-premis yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, Selangor.

Memetik laporan Sinar Harian, satu sumber dalam operasi yang bermula pada jam 9 pagi itu berkata tiga orang pegawai penguatkuasa berusia lingkungan 41 hingga 49 tahun ditahan ketika dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Sumber: Ismaweb

Siasatan itu turut mendapati dua orang pegawai penguatkuasa tersebut bertugas di cawangan Sungai Buloh manakala seorang lagi di Shah Alam.

Dalam pada itu, SPRM turut menahan peniaga rokok seludup warga Indonesia kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan. Menurut sumber tersebut, peniaga itu telah beroperasi sejak tahun lalu.

Untuk dijadikan cerita, dia dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Menurut sumber itu lagi, tiga orang penguatkuasa yang ditahan itu dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga RM3,500 sebulan untuk sebuah premis perniagaan.

“Ini termasuk premis menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok dan gerai menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan serta premis perjudian.

Terdapat individu yang memainkan peranan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berkaitan operasi yang akan dilaksanakan kepada peniaga-peniaga tersebut.

Atas sebab itu, setiap operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa selalu menemui kegagalan kerana ia telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga ini,” jelasnya.

Bukit Aman Hidu Ada Pegawai Lindungi Premis Judi Tak Berlesen | Donna
Sumber: Donna

Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Sumber: