Spesies Sukar Ditemui, Kenali Si Kucing Pasir Raja Gurun Arab

spesies-sukar-ditemui-kenali-kucing-pasir-raja-gurun-arab_2
Sumber: The Mamamiaow

Salah satu lokasi yang mempunyai ekosistem paling dahsyat dan ekstrem di atas muka bumi ialah gurun Arab. Pada musim panas, kawasan ini mampu mencapai sehingga suhu 40 darjah Celcius. Namun, suhu akan menjunam serendah -25 darjah Celcius pada malam musim sejuk. Hal ini membuatkan spesies haiwan yang tinggal di kawasan pasir memiliki kepakaran tersendiri dalam situasi yang ekstrem.

Kucing pasir merupakan seekor makhluk bertubuh kecil dan anda mungkin tidak pernah mendengar atau melihat haiwan ini kerana hanya boleh didapati di gurun pasir.

Ianya mungkin kelihatan seperti kucing biasa sama ada di rumah anda atau jalanan, namun ia satu-satunya spesies kucing yang tinggal di padang pasir. Dikatakan, kucing ini sangat hebat dalam menyesuaikan diri dengan suhu ekstrem di gurun Arab.

Keadaan cuaca dan pasir di gurun ini mampu mencapai suhu 80 darjah Celcius dan ini adalah cukup panas hingga dapat membuatkan kaki seekor kucing terbakar.

Namun begitu, kucing pasir mempunyai bulu yang panjang hingga menutup tapak kakinya sekaligus melindunginya daripada pasir Arab yang panas.

Bulu-bulu ini bukan sahaja dapat melindungi kaki kucing pasir, tetapi ia juga tidak menghasilkan sebarang tapak kaki pada pasir. Berikutan keistimewaan pada kucing pasir ini membuatkan hampir mustahil untuk pemangsa memburu haiwan kecil ini.

Kawasan gurun hanya terdapat sedikit wap air di udara untuk memerangkap kehangatan disebabkan suhu pada waktu malam menjunam ke paras beku.

Sumber: The Mamamiaow

Kucing pasir ini memiliki bulu tebal yang melindungi badan mereka daripada cuaca sejuk ekstrem dan menjadikannya panas pada waktu malam dan siang hari.

Dikatakan spesies ini agak sukar dijumpai kerana habitatnya dalam kepadatan yang rendah selain hebat dalam penyamaran ketika bergerak. Di saat raja gurun ini bergerak, ia akan merapatkan badannya ke tanah serendah yang boleh.

Kucing ini mampu mencapai kelajuan 40 kilometer sejam dan hampir menyamai kelajuan Usain Bolt, iaitu 44.72 kilometer sejam.

Biasanya, kucing pasir di temui di Gurun Sahara Barat, Semenanjung Arab dan Asia Tengah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: