Mesti ramai yang tertarik dengan patung Hello Kitty sehingga mereka obses dengan patung comel itu. Kebiasaanya, mereka suka dekorasi bilik tidur tema Hello Kitty bagi kanak-kanak perempuan
Patung yang kita sangka comel ini sebenarnya mempunyai kisah seram tersendiri. Di sini, kami akan menceritakan kejadian di sebalik patung Hello Kitty.
Satu kisah hitam ini telah berlaku pada tahun 1970-an. Seorang ibu mempunyai seorang anak perempuan berumur 14 tahun yang menghidap kanser mulut.
Pelbagai usaha si ibu untuk menyembuhkan anaknya walhal doktor telah memberitahu anaknya sudah tiada harapan untuk sembuh.
Oleh sebab sayang anak, si ibu sanggup membuat perjanjian dengan syaitan untuk menyembuhkan anaknya. Pada hari anaknya sudah tenat, akhirnya anaknya kembali sembuh dan boleh bercakap seperti biasa.
Syarat perjanjian syaitan yang perlu dipenuhi oleh si ibu ialah melukis patung untuk menguatkan kuasa syaitan. Oleh itu, si ibu melukis patung seperti Hello Kitty.

Mungkin ini satu sebab patung Hello Kitty dikenali sebagai patung tiada mulut. Simbolik kepada budak yang menghidap kanser mulut.
Patung itu dilukis untuk menarik perhatian kanak-kanak seluruh dunia. Tidak hairan, ramai yang meminati patung Hello Kitty sehingga kini.
Kisah ini dipercayai betul-betul terjadi, tapi masyarakat mereka tidak pasti sahih atau tidak.
Apa maksud nama patung Hello Kitty ini?
‘Kitty’ bermaksud syaitan dalam bahasa cina tradisional. Kalau digabung, ia bermaksud ‘hai syaitan’.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: