Sezaman Dengan Kerajaan Rom Dan Lebih Besar Daripada Angkor Wat, Ini Kisah Lembah Bujang

Filem-filem fiksyen pecah panggung seperti Indiana Jones mengisahkan bagaimana penjelajah menemui bandar-bandar hilang di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, adakah ia benar bahawa terdapat ‘kota hilang’ di Kedah yang lebih besar daripada Angkor Wat di Kemboja?

Sumber: The Vocket

Memetik laporan The Star, Lembah Bujang dengan keluasan kira-kira 1,000 kilometer persegi adalah jauh lebih besar daripada mercu tanda rakyat Kemboja itu.

Selain jauh lebih besar, Lembah Bujang ini dipercayai jauh lagi tua daripada Angkor Wat. Menurut rekod ahli arkeologi, kompleks di Merbok dekat Kedah itu berusia kira-kira 1,900 tahun menjadikan ia sezaman dengan Republik Rom dan kejatuhan Mesir kepada Empayar Parsi (sekarang Iran).

Dalam pada itu, ada juga ahli arkeologi yang mencadangkan bahawa Lembah Bujang ini sudah wujud sejak 2,535 tahun lalu.

Terdapat kira-kira 50 kuil pagoda yang telah ditemui tetapi ramai penyelidik percaya banyak lagi monumen yang masih tertimbus di kawasan kompleks bersejarah itu.

Pada tahun 2010, para penyelidik daripada Universiti Sains Malaysia menemui tinggalan jeti, tapak peleburan besi dan monumen bata tanah liat yang dipercayai telah wujud sejak 110 Masihi menjadikan ia struktur buatan manusia tertua yang direkodkan di Asia Tenggara. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: