Setelah Hilang Beberapa Dekad, 4 Spesis Ini Ditemui Semula

Kes kepupusan yang semakin meningkat membuatkan banyak negara cuba menjaga dan mengekalkan habitat yang sedia ada agar flora dan fauna tidak terjejas.

Punca berlakuanya kepupusan adalah termasuk pencemaran alam sekitar, penebangan hutan dan aktiviti pemburuan haram.

Terdapat organisasi seperti organisasi Re:wild telah memegang rekod dalam menjumpai spesis yang sudah hilang melalui projek pemuliharaan.

Usaha ini adalah untuk memastikan haiwan atau tumbuhan yang dijumpai dapat dipelihara semula dan tidak pupus pada tempoh yang lama.

Berikut adalah 4 spesis yang dianggap telah hilang selama-lamanya tetapi berjaya ditemui semula.

  1. Lebah Gergasi Wallace

Pada tahun 2019, lebah gersasi Wallace atau nama saintifiknya Megachile Pluto iaitu spesis lebah terbesar di dunia buat kali pertama telah dijumpai setelah hilang hampir 40 tahun.

  1. Jackson’s Climbing Salamander
Sumber: Live Science

Nama saintifik bagi Jackson’s Climbing Salamander adalah Bolitoglossa Jacksoni.

Salamander ini ditemui semula pada tahun 2017 dan spesis ini adalah spesis pertama yang paling dikehendaki oleh Re:Wild dalam misi mencari 25 spesis yang hilang.

  1. Kura-kura Fernandina Galápagos
Sumber: Re:wild

Kura-kura gergasi ini dikatakan telah pupus kerana kali terakhir dijumpai adalah lebih satu abad yang lalu. Namun begitu kura-kura tersebut dijumpai semula di Pulau Fernandina pada tahun 2019.

  1. Ketam Sierra Leone

Ahli zoologi telah menemui semula spesis ketam air tawar dari Sierra Leone yang belum pernah dilihat sejak tahun 1955.

Pada awal tahun 2021, satu misi pencarian yang diketuai oleh Pierre A. Mvogo Ndongo, merupakan salah seorang daripada tiga pakar di dunia yang dapat mengenal pasti spesis yang jarang ditemui ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: