Cuti umum bukan sahaja disukai para pelajar tetapi juga orang dewasa. Kebiasaannya, waktu cuti umum adalah masa yang paling sesuai untuk berehat dan juga meluangkan masa bersama yang tersayang.
Tahukah anda negara mana yang mempunyai jumlah cuti umum yang banyak? Berikut kami kongsikan antara negara yang memiliki paling banyak cuti umum dalam masa setahun.
1. Sri Lanka (25 hari)

Sama seperti Malaysia, Sri Lanka juga mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Disebabkan itu, negara ini menwujudkan banyak cuti-cuti khas. Setiap satu hari apabila bulan mengambang penuh, masyarakat Sri Lanka akan meraikan hari bulan mengambang penuh yang digelar Hari Poya yang merupakan kepercayaan masyarakat Buddha.
Kadang kala, dalam satu bulan akan ada dua hari bulan mengambang penuh dan hari itu juga akan diberikan cuti umum yang digelar Hari Adhi.
2. India (21 hari)

Terdapat empat hari cuti umum di negara India iaitu Hari Republik, Hari Pekerja, Hari Kemerdekaan dan hari meraikan Mahatma Gandhi yang disambut pada 2 Oktober. Negara India juga turut mempunyai masyarakat majmuk yang mana setiap perayaan agama akan diraikan dengan cuti.
3. Filipina (18 hari)

Filipina juga mengamalkan pemberian cuti kepada rakyat mereka disebabkan kewujudan masyarakat pelbagai etnik. Di negara ini juga banyak meraikan hari-hari bersejarah sebagai contoh cuti pada 9 April yang dikenali sebagai Day of Valor sempena kejatuhan wilayah Bataan.
4. China (17 hari)

Sempena menyambut hari Ching Ming pada setiap 4 atau 5 April, masyarakat China akan memperingati orang tua mereka menerusi upacara menghadiahkan barang-barang di kubur nenek moyang sebagai tanda membalas jasa sambil membersihkan kawasan kubur.
Masyarakat China juga turut mengadakan perlumbaan bot naga bagi memperingati upacara Festival Duanwu atau Dragon Boat Festival yang tarikhnya ditetapkan bergantung kepada kalender orang Cina.
5. Thailand (17 hari)

Negara ini menitikberatkan sambutan untuk masyarakat Buddha dalam kalender mereka. Setiap 6 April, Thailand akan menyambut Hari Chakri yang sejarahnya berpunca dari pembentukan Dinasti Chakri dan penubuhan kota Bangkok. Sambutan paling besar di Thailand ialah hari festival Songkram di mana kebanyakan keluarga akan berkumpul.

Bagaimana pula dengan negara Malaysia?
Negara kita juga mempunyai cuti awam yang banyak iaitu lebih kurang 15 hari setiap tahun tidak termasuk cuti-cuti perstiwa yang muncul.