Semakan Mudah Keadaan Status Terkini Laluan Jalan Raya, JKR Sediakan Sebuah Portal Khas

Laman Pengurusan Bencana JKR

Jabatan Kerja Raya kini menyediakan sebuah portal khas bagi memudahkan para pengguna merujuk situasi semasa jalan raya menerusi Laman Pengurusan Bencana JKR.

Portal ini dibangun dan diselenggarakan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).

Pengguna boleh mendapatkan maklumat secara langsung dengan terperinci termasuklah keadaan kawasan yang terlibat dengan banjir, cerun runtuh, jalan mendap, jalan runtuh dan jambatan rosak.

Menerusi laman rasmi khas ini, anda dapat melihat peta kawasan yang sentiasa dikemaskini pada setiap masa.  Terdapat juga status keadaan sama ada jalan raya boleh digunakan untuk perjalanan atau sebaliknya.

Di samping itu, para pengguna boleh memeriksa kawasan yang terkena bencana melalui tapisan mengikut jenis bencana dan mengikut negeri. Anda juga boleh melihat dengan lebih dekat keadaan menerusi gambar di sesuatu lokasi.

Berita semasa berkaitan cuaca dan status bilik gerakan banjir turut ada di dalam portal khas ini.

Oleh itu, para pengguna jalan raya amat digalakkan untuk melakukan pemeriksaan menerusi laman khas JKR ini terlebih dahulu bagi mengetahui keadaan terkini jalan raya yang hendak dilalui.

Kemudahan ini akan membantu perjalanan keluar anda dengan lancar kerana dapat mengelak daripada melalui jalan yang ditutup atau yang terkesan dengan bencana.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: