Selepas Hampir Dilanggar Kereta, Syarikat Ini Mencipta Kasut Terpantas Di Dunia

Sebuah syarikat robotik dari Amerika Syarikat, Shift Robotics telah melancarkan kasut yang dikatakan terpantas di dunia.

Kasut yang bernama Moonwalkers menggunakan kuasa bateri yang membantu orang ramai berjalan mengikut kelajuan larian yang dilaporkan sebanyak 7mph.

Sumber: NY Post

Idea ini bermula apabila 5 tahun lalu pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Shift Robotic Xunjie Zhang hampir dilanggar oleh sebuah kereta yang ketika itu Xunjie Zhang sedang menaiki skuter untuk pergi bekerja.

Menerusi kejadian itu, Xunjie Zhang menanyakan pada diri sendiri mengapa tidak buat pengangkutan yang boleh membolehkannya berjalan sejauh satu batu ke tempat kerja.

Sumber: Shift Robotics

Hal ini membuatkan Xunjie Zhang mencipta kasut yang terpantas di dunia dan misinya adalah untuk meningkatkan pengguna berjalan kaki dan bukan menggantikannya.

Xunjie Zhang bekerjasama dengan sekumpulan ahli robotik, jurutera yang membuat kereta lumba serta pereka kasut dalam menjadikan kasut rekaannya menjadi kenyataan.

Sumber: Shift Robotics

Kasut Moonwalkers dikuasakan oleh kecerdasan buatan dan boleh mengecas kasut tersebut melalui pengecas jenis USB-c.

Moonwalkers dijangka akan dijual pada harga $1,399 (RM6,632.66) pada bulan April 2023 dan mereka yang berada di Amerika Syarikat boleh mendapatkan kasut tersebut dengan harga lebih rendah dengan membuat perjanjian bersama Shift Robotics.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: