Selepas 30 Tahun Dengan 14 Anak Lelaki, Pasangan Ini Sambut Bayi Perempuan Buat Kali Pertama

Sepasang suami isteri dari Michigan, Amerika Syarikat menarik perhatian ramai apabila selepas 30 tahun dengan 14 orang anak lelaki akhirnya mereka menyambut anak perempuan buat kali pertama.

Sumber: TODAY

Kateri Schwandt melahirkan anak perempuannya yang diberi nama Maggie Jayne dengan berat 3.4 kg.

Suami Kateri Schwandt iaitu Jay Schwand menyatakan mereka sangat gembira dan teruja apabila Maggie Jayne menjadi sebahagian keluarga besar mereka.

Lebih menarik lagi, Maggie Jayne mempunyai 14 abang yang akan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Sumber: UNILAD

Keluarga Schwandts sangat terkenal di Amerika Syarikat dan pernah masuk dalam berita tempatan serta nasional setiap kali ada ahli baharu dalam keluarga mereka.

Keluarga ini juga mempunyai siaran YouTube sendiri iaitu 14 Outdoorsmen yang memaparkan aktiviti mereka seperti memburu, memancing dan pergi berkhemah.

Sumber: The Mirror

Menurut anak sulung pasangan tersebut, Tyler Schwandt menyatakan mereka tidak menyangka bakal mendapat adik perempuan selepas ke semua adiknya adalah lelaki.

Kateri dan Jay Schwandt bertemu ketika di sekolah menengah dan berkahwin pada tahun 1993. Mereka sudah mempunyai tiga orang anak lelaki sebelum menamatkan pengajian di Universiti Ferris State.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: