Sebelum Ben Ladin dan K-Clique mewarnai dunia hip-hop di negara ini, genre ini telah meletus di era 80an khususnya di era zaman Slick Rick, De La Soul, NWA dan Public Enemy.
Scene hiphop di Malaysia sudah bertapak, pada tahun 1989 melalui kumpulan Krash Kozz, dianggotai oleh Joe Siva dan DJ Moshi Moshi, sebelum berganti kepada G-Funk pada tahun 1991.

Menjelang dekad 90an, scene hiphop pada ketika itu bergerak secara underground di sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam serta Subang Jaya, dan dari kalangan urban middle class dari kelompok mereka yang berbahasa Inggeris di rumah.
Pada ketika ini, rock kapak masih mainstream, dan grunge mula meletus di merata tempat menerusi kumpulan seperti Nirvana, Pearl Jam dan Soundgarden. Namun, scene hiphop juga dipandang besar oleh kelompok underground.
Di sini juga, Krash Kozz menerbitkan album debut mereka iaitu New Jack Street Beat yang diterbitkan oleh Valentine Sound Production (VSP), yang ada terselit lagu Fiona.
Rupanya 4U2C punya Fiona tu cuma lagu cover.
Menjelang tahun 1992, kumpulan KRU melancarkan album Canggih, yang menampilkan hits seperti Mengerti dan Untukmu, sebelum wave lagu rap mula memasuki ruang mainstream dan mula diminati golongan kanak-kanak, khususnya penonton drama Cili Padi.
Tetapi scene hiphop di bahagian underground, mula mendapat tempat dari golongan remaja. Nama seperti Naughtius Maximus, Nico dan D.E.F.X, mula meniti di mulut remaja 90an pada ketika itu.
Menjelang tahun 1996, Poetic Ammo menyertai label rekod alternatif terkemuka iaitu Positive Tone, yang sudah mempunyai barisan artis alternatif terkemuka dari scene grunge dan rock alternatif seperti Butterfingers dan OAG. Kemasukan kumpulan yang dianggotai Yogi B, C.Loco, Point Blanc dan Land Slyde, merancakkan lagi scene hiphop yang mulai jadi popular dari kalangan remaja underground.
Menjelang penghujung 90an, mula berlaku perpecahan akibat ket@ksuban dengan scene, terutamanya perangai abang-abang knowledge yang mahu membanteras golongan poseur. Generasi yang layan pelbagai genre muzik mula terhapus kerana wujudnya gejala abang knowledge pow budak-budak yang baru nak mengenal dunia.
Akibatnya, budak hiphop hanya dengar lagu hiphop, budak punk hanya dengar lagu punk, budak skin hanya dengar lagu skinhead dan budak grunge selalu kena tolak tepi.
Akibatnya, dua kelompok yang selama ini pergi gig bersama – akhirnya berpecah. Budak rock underground pergi gig hari Sabtu, budak hiphop pergi hiphop party hari Ahad, walaupun di tempat yang sama, walhal sebelum ni boleh je lepak sekali masa dulu.
Mana yang nak best of two worlds, layanlah Limp Bizkit dan pakai topi merah New York Yankees sambil hafal lagu Nookie. Pada masa ini juga, nu–metal adalah genre selamat untuk mereka yang nak layan hiphop, tapi tak nak meninggalkan root rock mereka.
Scene b–boyz (break dance) dan kemunculan Too Phat menjadi fenomena kepada remaja pada ketika itu.
Too Phat yang sudah mula dikenali sejak tahun 1999 lagi dengan album Whatthadilly, mula meletup dengan album Plan B yang menampilkan lagu Freak To The Beat atau dikenali sebagai lagu Anak Ayam. Lagu ini juga adalah lagu hiphop terawal yang masuk carta ERA (zaman KRU, Radio ERA mana wujud lagi).
Kemudian muncullah hiphop act seperti Teh Tarik Crew, Muchachaz, Juzzthin, Chakra Sonic, SonaOne dan Ruffedge serta banyak lagi.
Album 360 Too Phat tidak sepopular Plan B, dan Ruffedge pula mula berkolaborasi dengan VE, maka muncullah rancangan TV di Astro iaitu acara Blast Off.
Blast Off merupakan rancangan realiti TV yang takdelah mainstream macam Akademi Fantasia, tapi seperti AF mereka juga ada penyingkiran melalui undian SMS (biasalah ASTRO cari makan). Ada dua segmen iaitu segmen rock dan segmen hiphop.
Dan segmen hiphop memunculkan juara dari Kajang, iaitu K-Town Clan.
K-Town Clan yang membawa subgenre crunk, yang dipopularkan Lil Jon menerusi album Crunk Juice pada tahun 2004.
Masuk pertengahan 2000an, hiphop jadi slow dan orang mula nak layan muzik indie rock, emo, atau pop punk. Yang mana otai-otai hiphop lama semua dah start slowdown, dan ada yang masuk R&B.
Sehinggalah kemunculan hiphop act bernama Ahli Fiqir yang popular dengan lagu Angguk Angguk Geleng Geleng.
Pada masa ini, mood men3ntang kerajaan mula menyusup dalam muzik. Butterfingers dengan lagu Tentang Tentang, dan Ahli Fiqir dengan lagu ini lah.
Maka kemunculan Ahli Fiqir memberi nafas baru kepada hiphop di negara ini yang mula menulis lirik-lirik deep. Malique pun keluarkan album OK, dan XFresh FM memainkan lagu-lagu yang berperanan membawa jiwa remaja member0ntak.
Kejayaan hiphop terbesar dalam sejarah ialah apabila lagu Aku Tanya Apa Khabar dari Joe Flizzow dan SonaOne telah memenangi anugerah Juara Lagu 2015.
Dan selepas itu, Altimet, Joe Flizzow, Tulangkata, dan kini Benladin dan juga K-Clique mula muncul secara solo dan menghasilkan lagu rap Melayu yang berterusan sehingga hari ini.