Mungkin ramai tahu dengan jenama yang boleh menyebabkan seseorang kena marah teruk jika tertinggal atau hilang secara tak sengaja. Benda yang boleh membuatkan kita tidak disayangi oleh ibu sendiri, iaitu Tupperware. Mengapa bekas makanan ini dikatakan terkenal melalui sebuah parti? Jom ikuti artikel ini.

Pada mulanya, Tupperware ini merupakan sebuah syarikat yang berasal dari negara Amerika. Diciptakan oleh seorang lelaki yang bernama Earl Tupper pada tahun 1938 di Leomister Massachusetts. Apabila dia bekerja di sebuah syarikat plastik, dari situ dia mula membeli acuan plastik dan terciptanya Tupperware.
Setiap bekas Tupperware memiliki penutup kedap bagi memastikan makanan yang disimpan kekal segar. Penutup ini dikenali dengan nama jolokan ‘Burp seal’ disebabkan oleh bunyi yang dihasilkan seakan sendawa.
Ketika itu, pengguna tidak faham cara menggunakan produk berkenaan. Seorang wanita bernama Brownie Wise telah bertemu dengan Tupper sekaligus memberi cadangan yang kreatif iaitu mengadakan Parti Tupperware. Tujuan utama parti tersebuta ialah menerangkan kepada bakal pengguna bagaimana cara untuk menggunakan produk ini.
Maka dari situ, bermulalah parti Tupperware yang pertama pada 1949 di Detroit, Amerika. Dengan adanya parti tersebut, produk Tupperware telah diterima ramai oleh pengguna malah dijual secara eksklusif.
Parti berkenaan dibuat dalam komuniti perumahan, pejabat atau tempat kerja untuk menjual produk jenama Tupperware. Parti Tupperware sememangnya mendapat perhatian ramai terutamanya kaum wanita. Tupper yang terpegun dengan parti yang dianjurkan oleh Brownie Wise lalu membuat keputusan menjadikannya sebagai Timbalan Pengarah Syarikat Tupperware.
Bukan itu sahaja, syarikat Tupper juga merupakan pengeluar bekas makanan yang pertama meletakkan huruf Braille pada bahagian bawah produk mereka. Buku Guiness World Record telah meletakkan Tupperware sebagai antara inovasi terbaik pada abad ke-20. Sehingga kini jenama Tupperware terkenal dengan kualiti yang dihasilkan.
Untuk artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik link pada pautan di bawah: