Sejarah Asal Terciptanya Simbol Matematik

Pada awalnya, ahli matematik pada zaman dahulu menulis operasi matematik dengan bentuk perkataan sahaja.

Sebagai contoh, mereka akan menulis 2+7=9 sebagai ‘dua tambah tujuh sama dengan sembilan’ dan sebagainya.

Jadi, jika mereka melakukan operasi matematik yang panjang, para ahli matematik ini akan menghabiskan masa untuk menulis berbanding menyelesaikan masalah matematik itu.

Oleh itu, simbol matematik ini dicipta untuk menjimatkan masa dalam melakukan operasi matematik.

Sama dengan (=)

Robert Recorde, seorang ahli fizik dan matematik dari Wales telah mencipta simbol ‘sama dengan’ (=).

Beliau mula mengenalkan simbol = dalam bukunya yang bertajuk The Whetstone of Witte pada tahun 1557.

Pada ketika itu, Robert sedang menulis buku algebra untuk diajarkan kepada pelajar kelas bahasa Inggerisnya lalu dia mula bosan kerana harus mengulangi perkataan ‘sama dengan’ berkali-kali.

Sebagai solusi, ahli matematik itu akhirnya memutuskan menggunakan dua garisan selari yang dapat merepresentasi ‘sama dengan’.

Tambah (+) dan tolak (-)

Terma plus dan minus berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud lebih untuk perkataan plus manakala minus membawa makna kurang.

Namun, simbol tambah (+) dan tolak (-) ini diambil daripada perkataan ‘Et’ daripada bahasa Latin yang bererti dan.

Sumber: Science ABC

Nicole Oresme, seorang ahli falsafah Perancis menggunakan simbol + sebagai singkatan Et dalam bukunya, Algorismus Proportionum.

Simbol + ini mula dipakai oleh orang ramai sebagai simbol bagi tambah pada abad ke-14.

Darab (x)

Simbol darab ini sering disalahertikan sebagai huruf kecil bagi x. Simbol ini sebenarnya digelar sebagai the cross of San Andreas.

Simbol ini pertama kali digunakan dalam dunia matematik pada abad ke-16 oleh ahli matematik bernama William Oughtred.

Walau bagaimanapun, penggunaan awal simbol darab ini boleh ditemukan dalam sebuah terjemahan Edward Wright untuk A Description of the Admirable Table of Logarithmes tulisan John Napier pada tahun 1618.

Simbol ini mula popular setelah William menggunakan simbol tersebut dalam hasil kerjanya yang bertajuk Calvis Mathematicae pada tahun 1631.

Bahagi (÷)

Sumber: The Adam Kilts

Seperti tiga simbol yang lain, simbol yang lain, simbol bahagi mempunyai beberapa variasi bentuk seperti Obelus (÷) dan solidus atau lebih dikenali sebagai tanda palang (/).

Perkataan Obelus merupakan perkataan daripada bahasa Yunani kuno yang membawa maksud batang kayu yang ditajamkan dan simbol ÷ sepatutnya melambangkan sebilah pisau kecil.

Simbol Obelus ini pertama kali digunakan oleh seorang ahli matematik dari Swiss bernama Johann Rahn dalam buku Algebranya yang bertajuk Teutsche Algebra pada tahun 1659.

Manakala solidus atau tanda palang sebagai simbol bahagi diperkenalkan oleh De Morgan pada tahun 1845.

Sumber: