“Have you seen everybody out there, Murray? Everybody’s yell and scream at each other, nobody civils anymore! Nobody thinks what it’s like to be the other guy.”
– Arthur Fleck, Joker (2019)
Seumur hidup aku, ada satu bahagian daripada hidup aku yang aku pernah, rasa bagaimana kehidupan sebelum wujudnya internet dalam masyarakat.
Masa itu, semua orang tonton filem yang sama, pergi mall yang sama, tonton berita yang sama, dengar radio yang sama.
Kita hidup dalam masyarakat yang moden.
Apa itu moden? Moden itu ialah di mana semua orang sama. Satu sistem yang berfungsi untuk semua.
Idea modeniti muncul dalam zaman Age of Reason, pada abad ke-17, dan buku Isaac Newton, Principa Mathematica adalah pencetus bahawa sains adalah satu standard untuk menemui kebenaran.
Maka selepas itu gerakan sekularisme mula menular dan mencetus revolusi di Barat, bermula dengan ekonomi dengan Rev0lusi Perindustrian di Britain pada sekitar 1760an.
Ia kemudiannya dimanifestasikan dengan Rev0lusi Amerika 1770an, dengan mencipta fahaman menolak monarki, dan pada akhirnya Rev0lusi Perancis pada 1789.

Revolusi Perancis pula mengangkat idea egalitarian, dengan prinsipal “all men are created equal“, walaupun masih ada remnant dari perh4mbaan dan hak wanita masih belum diberikan.
Tiga revolusi ini mencetuskan sekularisme sebagai standard kepada bagaimana kita menilai moral kita, dan hasil dari ini maka wujudlah fahaman liberalisme.
Bagi yang mengaku “I’m a classic liberal“, dan mengatakan setiap orang ada hak untuk bersuara, ini adalah bermula dari perjuangan suara rakyat yang selama ini dibenam oleh sistem serfdom yang membelenggu Eropah pada sebelum Renaissance.
Dan dari modeniti ini, lahirkan tiga tuntutan yang mewujudkan tiga fahaman – konsep negara bangsa (nationstatehood), hak bersuara dan egalitarian (keadilan untuk semua).

Namun ketiga-tiga ini bergerak ke arah ekstrem. Tuntutan negara bangsa yang ekstrem menuju ke arah f4sisme, dan tuntutan ekonomi egalitarian yang ekstrem menuju ke k0munisme, dan tuntutan kebebasan bersuara yang ekstrem menuju ke liberalisme a la SJW (social justice warrior).
Fahaman f4sisme bermula oleh gerakan Jacobin pada era Rev0lusi Perancis, yang dibawa oleh Maximillen Robbispierre – siapa tak ikut aku, kena bunuh.
Pun begitu f4sis membentuk apa yang kita kata f4sis ni, bermula daripada kewujudan konsep negara bangsa selepas Revolusi 1848.
Kewujudan negara Itali dan Jerman, yang asalnya merupakan daripada beberapa negara yang berpecah belah, di Jerman dengan penyatuan wilayah-wilayah ini oleh Prussia, dan di Itali oleh gerakan Risorgimento, kedua-duanya pada 1871 menjadikan idea negara bangsa perlukan identiti yang menyatukan seluruh bangsa.
Di Jerman, identiti Prussia akhirnya dijadikan identiti yang dipaksakan kepada semua wilayah lain, sementara di Itali pula disatukan oleh gerakan Risorgimento yang dipimpin oleh Giuseppe Garibaldi.

Identiti adalah penting dalam kewujudan negara bangsa, dan fahaman yang ekstrem ialah sebuah negara bangsa yang superior akan menekan bangsa yang lain, maka jadilah f4sisme.
Fasisme ditolak selepas tamatnya P3rang Dunia Kedua, selepas H1tler bunuh diri di bunker, Muss0lini digantung atas pokok dan dua butir bom atom diturunkan ke Jepun. Tinggal dua fahaman – k0munisme dan liberalisme.
Idea komunisme pula ialah egalitarian ekonomi selepas rusuhan Paris Commune, juga pada tahun 1871. Dan atas pemerhatian Karl Marx, memikirkan bahawa kelas proletariat yang akan menang dalam konflik kelas.

Pada akhirnya apabila Revolusi Rusia 1917 berlangsung, maka idea sebuah negara k0munis lahirlah S0viet Union.
Tetapi seperti f4sisme yang menindas identiti negara lain, k0munisme juga menindas ekonomi yang lain. Ikut plan atas kertas, cantik – keadilan untuk semua.
Tapi pada akhirnya apabila sekumpulan kelas apparatchik dari Parti Komunis iaitu golongan yang mempunyai akses kuasalah yang membolot semua ekonomi sehingga proletariat tak dapat nikmati apa yang diusahakan.
Ditambah dengan kekejaman Stalin yang menindas warganya sendiri demi Five Year Plan, mengakibatkan hampir 30 juta kematian di seluruh Soviet atas nama “keadilan untuk semua”.
Di China 30 juta orang mati kebuluran akibat Great Leap Forward, kemudian tambah lagi 20 juta lagi kematian dalam Revolusi Budaya Mao.
Pada akhirnya, lebih 100 juta orang mati akibat komunisme. Dan apabila Tembok Berlin runtuh, lagu Wind of Change Scorpions berkumandang dan bendera Soviet diturunkan pada Krismas 1991, maka ideologi yang tinggal dalam modeniti ialah liberalisme.
Dan selepas Perang Dingin tamat, liberalisme menguasai fahaman dunia tanpa ada persaingan. Francis Fukuyama pun menulis buku The End of History yang menyatakan liberalisme la pemenang pertandingan persaingan tiga ideologi ni, sebelum dibidas oleh tok gurunya Samuel Huntington dalam buku The Clash of Civilization.

Dalam buku Samuel Huntington ini menceritakan orde baru dunia akan berpecah enam, dengan enam tamadun dunia akan muncul pada abad ke-21. Tamadun tersebut ialah Barat, China, India, Islam, Afrika dan Amerika Latin.
Dan dari buku Huntington ini menceritakan politik pasca moden – selepas moden, apabila liberalisme, seperti f4sisme dan k0munisme yang ditolak pada 1945 dan 1989.
Dan internet – ialah ciptaan teknologi yang mencipta orde dunia baru ini. Pada asalnya ciptaan ini mahu menyambungkan seluruh dunia dengan akses pengetahuan, ekonomi yang sama berlandaskan prinsip liberalisme.
Presiden Ronald Reagan meluluskan internet yang selama ini dalam cengkaman tentera sejak 1960an, dan membebaskannya kepada orang awam sejak 1985.
Seterusnya diberi jaminan oleh Presiden Bill Clinton untuk internet bergerak bebas, ciptaan ini secara perlahan mengubah gaya hidup, gaya berfikir, gaya berpolitik, gaya ekonomi baru untuk ketamadunan manusia.
Tetapi semua fahaman modeniti berakhir dengan ironi. F4sisme bermula dari gerakan ekstrem identiti negara bangsa sehingga mahu menghapuskan identiti bangsa lain.
K0munisme mahu egalitarian, keadilan untuk semua dalam ekonomi sehingga pada akhirnya sekelompok kecil apparatchik dalam Politburo Parti K0munis sahaja yang mengawal ekonomi.
Dan liberalisme yang mendukung kebebasan bersuara tetapi pada akhirnya mewujudkan Orwellian yang menghalang orang lain bersuara menerusi fahaman woke dan cancel culture.
Sekarang, apabila melihat situasi liberalisme yang berada dalam keadaan nazak, apa lagi yang tinggal untuk masyarakat pasca moden?
Internet dibebaskan untuk tujuan globalisasi dari segi ekonomi dan ekspresi diri, tapi ironinya internetlah yang memecahkan hegemoni globalis.
Brexit, kemenangan Trump dan kebangkitan populis di negara lain menjadikan seluruh dunia seperti 1848 kembali, dengan menolak fahaman globalisme yang berlandaskan modeniti, one size fits for all.
Dan apa jadi kepada sekularisme dalam pasca moden? Sekularisme, seperti juga idea modeniti yang lain, juga akan pergi dan menjadi tinggalan sejarah.

Dalam pasca moden, politik identiti akan menyebabkan orang ramai ingin kembali menyelami budayanya, bahasanya, agamanya dan bangsanya.
Fahaman globalis seperti semangat satu bangsa manusia, one size fits for all dan kebenaran hanya ditentukan dengan saintifik yang menjadi prinsipal modeniti, akan lenyap ditelan zaman.
Kewujudan SJW, woke culture dan cancel culture ni ialah sisa-sisa hayat terakhir liberalisme. Kerana sebelum mati, semua ideologi kena jadi gila dulu.
Kegilaan f4sis kita boleh nampak oleh Hitler pada Perang Dunia Kedua, kegilaan k0munis kita boleh nampak pada Stalin dan Mao.
Kegilaan liberal pula dari kelompok SJW dan woke people elite left extremist macam AOC, Ilhan Omar, Owen Jones, Ash Sarkar, Jeremy Corbyn, Bernie Sanders, Rachel Maddow, Greta Thunberg dan lain-lain ni hanyalah sisa-sisa terakhir sebelum modeniti benar-benar meninggalkan kita dan ditinggalkan dalam bakul sampah sejarah.
Satu fahaman baru akan muncul dari abad ke-21 ni, dan ia akan bertahan untuk entah berapa ratus tahun lagi.
Dan pada masa itu, mungkin kita dah hidup di zaman pasca internet – dimana internet ni akan dilihat macam teknologi kuno, seperti kita lihat mesin Spinning Jenny, atau Code Morse.
Pada zaman itu, biarlah orang zaman tu fikir. Sekarang, mamp0skan woke culture ni cepat-cepat untuk ideologi yang lebih segar untuk abad ke-21.