“Ada pengalaman-pengalaman berbeza yang boleh menyebabkan Hari Ibu menjadi suatu hari yang sukar untuk disambut bagi seseorang,” kata ahli psikologi klinikal Naomi Torres-Mackie, ketua penyelidikan di Gabungan Kesihatan Mental.
Ini kerana ada yang dilahirkan dalam keluarga tanpa seorang ibu dan hanya dengan bapa tunggal, atau hubungan mereka dengan ibu tersebut telah terputus, ataupun kerana mereka berkabung atas kematian ibu mereka. Terdapat banyak situasi yang mengecualikan seseorang daripada dapat merasa gembira dengan sambutan itu.

Mengikut Torres-Mackie, ia adalah lumrah untuk berasa emosional pada hari ini, tambah lagi masyarakat yang masih terkesan dari wabak Covid-19.
“Rasa sedih merupakan suatu tindak balas yang lahir dari cognisi kita dan bukan dihadkan sebagai reaksi terhadap kematian. Terdapat pelbagai jenis seseorang mengalami kehilangan. Tiada satu cara yang betul untuk bersedih, ia juga tidak linear dan masa tidak relevan apabila seseorang mengalami kesedihan dan kehilangan.”
Daripada menafikan atau meminimumkannya, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk validasikan pengalaman dan perasaan anda sambil mengambil langkah untuk menjaga diri anda pada hari sebegini.
1. Terima apa-apa emosi anda rasa sewaktu itu dan bersedia akan kemungkinan yang perasaan tersebut boleh berubah.
Hari Ibu dan hari-hari sejenis itu datang dengan banyak perasaan kompleks.

“Saya sepatutnya gembira, saya sepatutnya meraikannya, saya sepatutnya meluangkan masa secara fizikal dengan ibu saya,” kata Torres-Mackie.
Apa-apa pun, Torres-Mackie mencadangkan untuk membuang mentaliti ‘saya sepatut merasa ___’ dan merangka semula pandangan Hari Ibu kepada sebuah hari yang anda boleh juga berasa emosional. Anda juga harus memahami yang perasaan anda merasai pada hari tersebut boleh berubah.
“Hari yang penting tidak sinonim dengan hari yang menggembirakan. Anda tidak perlu memaksa diri untuk meraikannya,” kata Torres-Mackie.
2. Rancang Hari Tersebut Terlebih Dahulu
Walau apapun yang anda fikir akan rasa pada hari itu, sebaiknya untuk merancang bagaimana anda akan meluangkan hari tersebut terlebih dahulu.
Ini kerana emosi-emosi kompleks boleh muncul dengan tiba-tiba jikalau anda tidak merancang cara untuk menghadapnya. “Seseorang akan terlalu terharu dan tidak dapat berfikir jelas pada waktu emosi-emosi negatif muncul,” kata Torres-Mackie.

Mengikutnya, ia juga penting untuk rancang pengelakkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan perasan tersebut seperti tidak membuka platform media sosial ataupun paparan iklan di kedai.
3. Dua perkara boleh menjadi benar pada masa yang sama
“Apabila saya memikirkan perkataan atau konsep ibu, saya akan fikirkan rasa keselematan dan rasa kasih sayang,” kata Torres-Mackie. “Jadi anda boleh sambuti hari itu dengan orang yang melahirkan rasa itu pada diri anda.”
Torres-Mackie menjelaskan bahawa seorang ibu tidak semestinya seseorang yang melahirkan anak. Seringkali, seorang ibu juga adalah seorang mengajar, mengambil berat dan membentuk dengan kasih sayang.

“Anda boleh bergembira dan rasa bersyukur untuk ‘ibu’ yang ada dalam hidup anda yang walaupun mereka adalah orang lain dan bukan betul-betul seorang ibu,” kata Torres-Mackie.
“Ia tidak boleh dinafikan yang anda mungkin rasa seperti ada sesuatu yang hilang jika anda memang tiada hubungan tersebut, namun ia tidak bermakna anda tidak akan merasai tahap sayang dan cinta seperti ada ibu. Kedua-dua perkara itu boleh wujud pada masa yang sama.”
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: