Kalau dahulu setiap kali sambutan Hari Guru pasti kita menyambutnya besar-besaran di sekolah dengan pelbagai aktiviti persembahan dan penghargaan diberikan kepada guru-guru di dalam sekolah.
Namun, tahun ini berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang berkuat kuasa.
Rata-rata warganet menyambutnya hanya melalui dalam talian dengan memberi ucapan kepada tenaga pengajar yang pernah mengajar mereka selama mereka hidup.
Selamat Hari Guru. Some teachers empower their students to go all the way in education. Here's a thread of PhD theses by some notable Malaysians.
— OKH (@ooikokhin) May 16, 2020
Author: Sultan Nazrin
Year awarded: 2000
Institution: Harvard University
Occupation: Deputy YDPA and Sultan of Perak pic.twitter.com/hHYp7U1tkj
Selamat Hari Guru to all SainsKu teachers!
— SainsKu (@twt_SainsKu) May 16, 2020
It's hard to be a teacher after all, despite of all the challenges and patience to face different kind of students. Thank you for everything! pic.twitter.com/qVAG8gTeSk
Sacrifice is greater than love
— 𝔞𝔫𝔦𝔰 ♡ (@nranysss) May 15, 2020
character is greater than beauty
humanity is greater than wealth
BUT
nothing is greater than a teacher.
selamat hari guru kepada semua guru di serata dunia ❤️
Selamat Hari Guru kepada semua cikgu!
— Nimelesh (@HausofHilton) May 15, 2020
We won’t be here where we are without you ❤️
This picture was taken during Ceramah berhenti rokok in one of the schools in Kota Tinggi.
One of the teacher there (Cikgu Sarimah) passed away few months later in an accident pic.twitter.com/pEvNwc8v9P
Selamat Hari Guru juga kepada lecturers di Masscomm yang tak putus² membantu kami semua 🌺 Pintu mereka selalu terbuka kalau ada masalah pelajaran or peribadi 🥺 All of you 🤘 pic.twitter.com/uokRKjD2mH
— カカシ Queen 🌸 (@Djinkid) May 16, 2020
Mahupun guru sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah, cikgu sekolah tadika ataupun cikgu yang mengajar mengaji. Mereka semua adalah pendidik yang tidak pernah penat memberikan ilmu kepada generasi baharu.
Sememangnya jasa mereka sangat besar dan ilmu yang diberikan oleh mereka itu boleh dibawa sehingga kita berusia.
Menurut sejarah, 16 Mei telah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama itu Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran pada tahun 1956.
Dokumen itu kemudian dikenali sebagai Laporan Razak kini telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sehingga hari ini.
Antara objektif-objektif Hari Guru ialah:
- Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
Ini antara tema-tema yang disambut ketika Hari Guru:
- 1972 – Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
- 1973 – Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan
- 1974 – Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi
- 1975 – Guru Dengan Pembangunan Negara
- 1976 – Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
- 1977 – Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
- 1978 – Guru Pembentuk Generasi akan Datang
- 1979 – Murid Sejahtera Negara Jaya
Tidak kiralah bagaimana cara kita menyambut Hari Guru ini, yang penting kita sentiasa menghargai jasa guru-guru kita.
Malah, dengan hanya ucapan “Selamat Hari Guru” sahaja sudah tentu buat mereka gembira.
Selamat Hari Guru! Jasamu akan sentiasa dikenang dan terima kasih.