Saintis Dakwa Temui Filem Paling Seram Sepanjang Zaman

Saintis dari Britain mendedahkan bahawa mereka telah menemui filem paling menyeramkan sepanjang zaman.

Menurut para saintis, filem paling seram sepanjang zaman ialah Sinister. Filem ini berkisarkan tentang Ellison Oswalt (Ethan Hawke) yang berpindah ke sebuah rumah lama bersama keluarganya. Kehadiran mereka telah mengganggu ‘penjaga rumah’ berambut panjang bernama Bughul.

Sumber: IMDb

Filem ini yang dikatakan sangat menyeramkan ini bagaimanapun mendapat ulasan yang bercampur ketika tayangan perdana dijalankan. Ada yang mengatakan bahawa Sinister dipersembahkan dengan baik, manakala sebahagian pula menganggap filem ini biasa sahaja.

Namun, ada juga penonton yang menyatakan bahawa filem ini dibikin dengan teruk.

Persoalannya, apakah yang menyebabkan para saintis membuat kesimpulan bahawa Sinister adalah filem paling seram sepanjang zaman?

Terdahulu, institut ilmiah broadbandchoices telah meminta 50 peserta menonton filem seram lebih dari 100 jam. Sepanjang kaji selidik tersebut, denyutan nadi peserta diambil.

Hasil kajian menunjukkan degupan jantung penonton meningkat secara mendadak ketika mereka menonton filem Sinister. Denyutan jantung mereka meningkat dari rata-rata 65 hingga 86 BPM.

Sumber: IMDb

Bukan itu sahaja, para saintis turut meletakkan filem Insidious sebagai filem dengan jump scare terbaik. Hasil kajian menunjukkan rata-rata degupan jantung peserta melonjak naik ke 133 BPM.

Filem seram yang lain adalah The Conjuring, Hereditary, Paranormal Activity, It Follows, The Conjuring 2, The Babadook, The Descent, dan The Visit.

Untuk pengetahuan, definisi para saintis mengenai perkataan ‘menyeramkan’ adalah terhad kepada jump scare, bunyi seram dan kadar degupan jantung.

Sumber: