Saintis Berjaya Temui Dunia Tersembunyi Di Bawah Ais Antartika

Sekumpulan saintis dikatakan telah menemui dunia baharu yang tersembunyi pada kedalaman 500 meter di bawah lapisan ais Antartika.

Melalui penemuan yang menakjubkan ini telah dijalankan oleh para saintis dari New Zealand, Universiti di Wellington, Auckland dan Otago, National Institute of Water and Atmospherics (Niwa) dan Geological and Nuclear Sciences.

Para saintis yang terlibat dengan hasil penemuan ini ketika mereka sedang menggerudi lapisan ais Antartika ketika ekspedisi kajian terhadap pencairan ais kesan daripada perubahan iklim di sana.

Tambahan pula, mereka mendapati kamera bawah laut mereka dikelilingi banyak hidupan akuatik seperti amphipod, ketam, udang galah dan lain-lain.

Para saintis tersebut meneruskan ekspedisi mereka kerana hidupan akuatik itu menandakan terdapat satu ekosistem yang penting dan belum ditemui sebelum ini di bawah sana.

Ketua projek ini, Huw Horgan adalah orang pertama yang mengesan kewujudan ekosistem akuatik ini dalam jaringan tasik dan sungai air tawar di bawah ais Antartika.

Para saintis tersebut telah memilih untuk membiarkan peralatan mereka di sungai itu untuk terus melakukan pemerhatian dan penyiasatan lanjut. Manakala, penyelidik makmal akan menyiasat keunikan air sungai yang menjadi habitat hidupan akuatik di dalam sana.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: