Saintis sudah menemui jawapan mengapa spesies kelawar yang menghisap darah atau kelawar ‘vampire’ adalah satu-satunya mamalia yang boleh hidup dengan diet tersebut, lapor AP.

Pasukan penyelidik yang membandingkan genom kelawar penghisap darah, dengan 26 spesies kelawar lain telah mengenal pasti 13 gen yang hilang, atau tidak lagi berfungsi dalam kelawar penghisap darah.
Hal ini kerana selama bertahun-tahun, perubahan pada gen itu membantu spesies tersebut beradaptasi dengan diet darah yang kaya dengan zat besi dan protein namun hanya mengandungi sedikit lemak atau karbohidrat.
Melalui hasil penyelidikan yang dilaporkan pada Jumaat dalam jurnal Science Advances. Spesies kelawar penghisap darah yang tinggal di Amerika Selatan dan Amerika Tengah itu dipanggil sebagai ‘drakula hidup’, kata Michael Hiller, seorang penyelidik bersama di Max Planck Institute, Jerman.
Selain itu, saiz spesies khas kelawar tersebut adalah kira-kira 8 sentimeter panjang dengan regangan sayap sehingga 18 sentimeter. Ia juga boleh mengigit dan menghisap darah dari haiwan ternakan atau haiwan lain pada waktu malam.
Kebanyakan mamalia tidak boleh hidup dengan darah kerana darah merupakan cecair rendah kalori. Namun, hanya terdapat tiga spesies daripada 1,400 jenis kelawar yang boleh berbuat demikian iaitu Desmondus rotundus, Diphylla ecaudata dan Diaemus youngi.
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: