Sahabat Baginda Rasulullah Yang Suka Berjenaka, Ini Kisah Saidina Nu’aiman

Nu’aiman ibnu Amr Al-Ansary atau Nu’aiman adalah salah seorang sahabat nabi yang merupakan penduduk Madinah dari kalangan kaum Ansar.

Pada waktu Perang Badar, dia turut berjihad bersama Rasulullah SAW. Di kalangan para sahabat, Nu’aiman terkenal sebagai sahabat yang suka bergurau, sehinggakan baginda Rasulullah pun menjadi bahan jenakanya.

Rasulullah pernah berkata, “Nu’aiman akan masuk syurga sambil tertawa, kerana dia sering membuatku tertawa.”

Ini antara kisah-kisah lucu berkisarkan Nu’aiman dan para sahabat Nabi Muhammad SAW.

1. Jual sahabat demi makanan

Suatu ketika dahulu, Saidina Abu Bakar membawa Nu’aiman ke Syam. Disuruhnya sahabat nabi yang bernama Suwaybit untuk menjaga harta makanan.

Nu’aiman berasa lapar, lalu meminta makanan daripada Suwaybit tetapi ditolak kerana dia hanya mengikut arahat Saidina Abu Bakar dan tidak mahu mengingkar amanah.

Nu’aiman kemudiannya pergi ke pasar untuk memberitahu bahawa dia mempunyai seorang hamba untuk dijual.

Suwaybit ditangkap kerana dianggap sebagai hamba namun dia menidakkannya, “Saya bukan hamba, saya orang merdeka.”

Tetapi orang lain tidak mempercayainya kerana Nu’aiman telah mengagak dia akan berkata sedemikian.

 “Dia itu pandai bercakap dan sangat petah. Dia akan menentang berkata, ‘Saya orang yang bebas’ tapi janganlah dengar cakapnya itu.”

Nu’aiman berjaya menjual Suwaybit dengan harga 20 dirham.

Duit tersebut digunakan untuk membeli makanan dan hadiah untuk Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar kembali dan menanyakan keberadaan sahabatnya itu.

Setelah mendapat tahu bahawa Suwaybit telah dijual menjadi hamba, Saidina Abu Bakar membeli semula sahabatnya itu.

Ketika mereka semua pulang daripada rombongan ke Syam itu, diceritakan semula kisah ini kepada Nabi Muhammad SAW yang ketawa sehingga terlihat gigi grahamnya.

Sejak itu, setiap kali baginda Rasulullah pergi ke mana-mana rombongan, kisah Nu’aiman menjual hamba ini dibawa dari mulut ke mulut.

2. Hadiah madu Rasulullah

Pada suatu hari, Nu’aiman membeli madu daripada orang kampung untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW. Ketika dia memberikan madu itu kepada Baginda, dia membawa bersamanya penjual madu tersebut.

Tanpa pengetahuan Baginda, Nu’aiman menyuruh penjual tersebut meminta wang daripada Rasulullah sebagai ganti harga madu itu.

Sedang Rasulullah SAW membahagikan madu itu kepada para sahabat yang hadir di rumahnya, penjual tersebut berteriak, “Bayarlah harga maduku itu!”

Kemudian Rasulullah berkata, “Ini pasti idea Nu’aiman.” Lalu Rasulullah memanggilnya dan bertanya, “Mengapa kamu lakukan hal ini?”

Nu’aiman menjawab, “Saya ingin mendapatkan kebaikanmu wahai Rasulullah. Saya tidak mempunyai apa-apa (wang untuk membeli hadiah itu).”

Rasulullah pun tersenyum dan orang sekeliling baginda turut tertawa dan akhirnya baginda memberi wang kepada penjual tersebut.

3. Cabut lari selepas menyembelih unta

Salah satu kisah yang terpahat di hati pendengar apabila disebut mengenai Nu’aiman, geligat dan buah akalnya menghiburkan orang sekeliling.

Boleh bayang tak situasi di mana Baginda Rasulullah SAW hilang ‘cool’ akibat perbuatan Nu’aiman? Mari sama-sama dengarkan peristiwa Nu’aiman bersama unta dan sahabat Rasulullah ketika rombongan mereka ke Syam.

Nu’aiman keluar daripada tempat persembunyiannya itu dengan muka yang pebuh debu.

Apabila ditanya Baginda, “Mengapa kamu melakukan hal ini?” Nu’aiman menjawab, “Orang-orang yang menunjukan tempat aku bersembunyilah yang menyuruhku melakukan hal ini wahai Rasulullah”.

Setelah mendengar jawapan itu, Rasulullah membuang debu yang ada di wajah Nu’aiman dengan senyuman.

Peribadi Nu’aiman sebagai seorang sahabat baik Rasulullah yang suka bergurau senda dan membuat orang lain tertawa ini membawa persepsi baharu tentang kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW pada zaman dahulu.

Baca kisah-kisah menarik lain di bawah:

Sumber: