“Sacred Band Of Thebes”, Ini Kisah 300 Tentera Elit Daripada Lelaki Gay

sacred-band-of-thebes-ini-kisah-300-tentera-elit-daripada-lelaki-gay
sacred-band-of-thebes-ini-kisah-300-tentera-elit-daripada-lelaki-gay
Sumber: The New Yorker

Ketika era Yunani kuno atau kini lebih dikenali Greece, hubungan sejenis diterima dalam masyarakat. Pasangan sejenis terutamanya lelaki, sering menunjukkan kesetiaan yang tinggi terhadap satu sama lain sehingga Plato iaitu ahli falsafah terkenal telah mencadangkan pembentukan unit tentera yang terdiri sepenuhnya dari pasangan gay.

sacred-band-of-thebes-ini-kisah-300-tentera-elit-daripada-lelaki-gay
Sumber: Philosophy Talk

Dalam catatannya berjudul Symposium, ditulis sekitar 370 SM, Plato menyatakan bahawa tentera yang terdiri sepenuhnya dari pasangan gay akan menjadi pasukan yang kuat dan tidak pernah kalah.

Dia percaya bahawa setiap orang dalam pasukan itu akan berjuang bermati-matian untuk memastikan keselamatan kekasih mereka terjamin ketika berperang. Dia mendakwa cinta akan menyebabkan seseorang itu mempunyai keberanian.

Beberapa tahun sebelum Symposium ditulis, satu pasukan elit seumpama itu telahpun ditubuhkan.

Sekitar tahun 378 SM, satu pasukan elit dikenali sebagai “Hieros Lokhos” atau dalam Bahasa Inggerisnya “Sacred Band of Thebes” dibentuk sebagai salah satu cabang tentera Thebes yang merupakan kota di Yunani Tengah dan kini dikenali sebagai Thiva.

sacred-band-of-thebes-ini-kisah-300-tentera-elit-daripada-lelaki-gay
Sumber: Heritage Daily

Pasukan elit yang ditubuhkan oleh seorang jeneral bernama Gorgidas itu terdiri daripada 150 pasangan gay. Ini menjadikan keseluruhan jumlah ahli pasukan elit itu sebanyak 300 orang.

Untuk pengetahuan anda, pasukan elit ini tiada kaitannya dengan pasukan Spartan yang diketuai oleh Leonidas seperti dalam filem “300”. Pertempuran antara tentera Leonidas dan Parsi itu berlaku 100 tahun sebelum Sacred Band of Thebes dibentuk.

Tugas pertama Sacred Band of Thebes adalah untuk menjadi barisan hadapan kepada tentera dipimpin oleh Chabrias iaitu Jeneral Athen yang menentang Agesilaus II, Raja Sparta dalam Perang Boeotia (378-371 SM).

Pembentukan Sacred Band of Thebes ini bukanlah sekadar aksi publisiti sahaja. Mereka terlibat dan memenangi beberapa pertempuran bahkan memainkan peranan penting dalam membantu Thebes menjadi kota terpenting di Yunani.

Sumber: World History Encyclopedia

Selain memenangi pertempuran menentang Raja Agesilaus II, pasukan elit itu juga memperolehi kejayaan dalam pertempuran terkenal lain seperti Pertempuran Tegyra (375 SM). Ketika itu, Sacred Band of Thebes bertempur sebagai unit tunggal dan tidak bergabung dengan mana-mana unit lain.

Pada tahun 371 SM, mereka sekali lagi menang ke atas tentera Sparta dalam Pertempuran Leuctra. Ketika itu, Sacred Band of Thebes dipimpin oleh dua jeneral bernama Pelopidas dan Epaminondas yang dipercayai sebagai pasangan kekasih.

Kemasukan dalam pasukan itu tidak terbuka kepada orang ramai. Gorgidas sendiri akan memilih 300 ahli unit elit itu berdasarkan merit dan kebolehan mereka tanpa mengira latar belakang.

Selain itu, setiap pasangan mempunyai ciri-ciri pasangan homoseksual Yunani pada ketika itu, kekasih yang lebih tua sebagai pasangan dominan manakala kekasih yang lebih muda sebagai pasangan pasif.

Pasangan yang diterima masuk juga perlu mengangkat sumpah untuk saling berbakti dan mencintai antara satu sama lain di Kuil Lolaus di Thebes.

Lolaus adalah watak mitologi yang dipercayai oleh anak saudara dan kekasih kepada Hercules. Kaum Yunani percaya bahawa Hercules adalah seorang biseksual.

Sumber: Twitter (@back2dos)

Unit elit ini perlu berada dalam keadaan terbaik dan sentiasa bersedia jika dipanggil menyertai peperangan. Semasa tidak berperang, mereka sering menghabiskan masa melakukan latihan kententeraan dan fizikal.

Bahkan, mereka juga dilatih untuk bergusti dan menari, agar mereka mempunyai kebolehan tambahan selain ketenteraan serta menunggang kuda. Gorgidas merupakan bekas pegawai pasukan berkuda pada ketika itu. Kebolehan Sacred Band of Thebes dikatakan setanding dengan pasukan elit Sparta.

Walaupun tidak pernah dikalahkan selama 40 tahun, Sacred Band of Thebes akhirnya kecundang pada tahun 338 SM.

Ia berlaku ketika Pertempuran Chaeronea di mana Thebes dan Athens bergabung menentang tentera Macedon atau lebih dikenali kini sebagai Macedonia, di bawah pimpinan Philip II dan anaknya, Alexander the Great.

Alexander the Great
Sumber: How Stuff Works

Walaupun Sacred Band of Thebes sangat terlatih dan tidak pernah dikalahkan tetapi mereka bukanlah lawan kepada tentera Macedon yang kuat.

Ketika dikepung, Philip II telah memberi peluang kepada unit elit itu untuk menyerah kalah. Namun, unit elit itu memilih untuk bertarung sehingga ke hujung nyawa.

Kesemua 300 orang ahli Sacred Band of Thebes terbunuh dalam pertempuran itu. Difahamkan, Philip II berasa sedih apabila unit elit legenda itu menjadi timbunan mayat yang tidak bernyawa.

Setelah unit elit itu dihapuskan, Thebes juga dikalahkan tentera Macedon. Dengan itu, berakhirlah penguasaan Thebes ke atas Yunani kuno. Sejak daripada itu, tiada lagi unit tentera elit yang ditubuhkan untuk tentera homoseksual.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: