Roket China Tidak Terkendali, Serpihan Jatuh Ke Bumi

Sebuah roket besar kepunyaan negeri China yang membawa modul teras stesen luar angkasa telah dilepaskan pada 29 April lalu serpihan dari roket tersebut jatuh kerana tidak terkendali.

Selepas melaksanakan misi untuk menghantar modul teras stesen luar angkasa China ke orbit, roket itu sepatutnya kembali mendarat ke bumi yang di lokasi laut sudah ditetapkan. Tempat ini sering menjadi lokasi pembuangan roket.

Namun begitu, berbeza dari rencana sebenar, roket ini malah terus mengitari bumi tanpa kawalan. Beberapa pihak mengatakan bahawa roket tersebut dianggarkan akan jatuh kembali ke bumi beberapa hari akan datang.

Tentera US telah menggunakan radar untuk mengenalpasti keberadaan roket tersebut. Mereka mengesan sebuah objek yang dikategorikan sebagai badan roket Long March-5B.

Badan roket yang berukuran 30 meter dan lebar lima meter tersebut dikatakan berada pada ketinggian orbit sekitar 170 hingga 372 kilometer dari permukaan bumi dan meluncur dengan kelajuan lebih dari tujuh kilometer per detik.

Roket ini kelihatan seperti kilat di angkasa jika diamati dari bumi. Kilat itu menunjukkan bahawa roket itu sedang jatuh tanpa kawalan.

Long March-5B Y2 itu dianggarkan akan memasuki atmosfera bumi dalam beberapa hari akan datang.

Menurut ahli astronomi Jonathan McDowell, roket ini boleh terbakar sepenuhnya di atmosfera ketika jatuh ke bumi setelah berputar-putar di orbit. Meskipun begitu, lokasi, masa dan berapa besar serpihan roket yang bakal mendarat tersebut masih belum dapat dikesan.

Kemungkinan besar, serpihan roket ini akan jatuh dan menimbulkan risiko pada bangunan serta kehidupan yang ada di muka bumi.

Sumber: