Memetik laporan Channel News Asia, kastam Amerika Syarikat telah menemui ‘bukti’ bahawa amalan buruh paksa wujud dalam penghasilan sarung tangan pakai buang Top Glove dan telah mengarahkan pelabuhan di sana untuk merampas barang daripada pengilang berkenaan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin lalu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) menjelaskan bahawa mereka mempunyai maklumat cukup untuk mengesahkan kewujudan penyalahgunaan pekerja dekat kilang pembuatan sarung tangan perubatan terbesar di dunia.
Pada Julai tahun lalu, CBP telah mengeluarkan arahan larangan import dari kedua-dua anak syarikat Top Glove kerana syarikat pembuatan sarung tangan perubatan itu disyaki telah menyalahgunakan pekerja mereka.

Larangan itu difahamkan sudah meluas kepada semua sarung tangan yang berasal dari kilang Top Glove di Malaysia. Dalam pada itu, wakil Top Glove memberitahu Reuters bahawa penasihat mereka di Amerika Syarikat akan berhubung dengan wakil CBP untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan penjelasan yang lebih terperinci berkenaan perkara tersebut.
Untuk rekod, pihak Top Glove menjelaskan sudah mengambil langkah proaktif dalam membetulkan amalan kerja di kilang mereka.
Salah satu perunding perdagangan etika yang dilantik oleh Top Glove untuk menilai amalan kerja dan perdagangan yang berlaku di kilang mereka turut melaporkan bahawa pihaknya ‘tidak lagi’ menemui petunjuk amalan buruh paksa di Top Glove pada Januari lalu.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: