Rahsia Di Sebalik Puasa Sunat Isnin Khamis, Penjelasan Dari Sudut Sains

puasa isnin khamis

Selain ibadah puasa pada bulan Ramadan, umat Islam juga digalakkan berpuasa sunat. Ketahuilah bahawa fadhilat orang yang berpuasa sangatlah besar. 

Salah satu puasa sunat yang sering dilakukan oleh umat Islam adalah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Ini bertepatan dengan satu hadis, daripada Aisyah R.Anha, katanya: Rasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada hari Isnin dan Khamis.[HR Tirmizi 745]

Orang yang mengamalkan puasa sunat ini sememangnya akan mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat serta pelbagai lagi kelebihan lain dalam memperbaiki diri secara rohaniah.

Namun terdapat juga rahsia lain di sebalik puasa sunat Isnin dan Khamis dari sudut Sains pula. Manfaat ini telah dikupas oleh pemenang Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan 2016 dari Jepun, Dr Yoshinori Ohsumi.

Proses Autophagy & Autolisis dalam puasa

Penemuan seorang ahli sains Jepun ini mendapati bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai Autophagy. Proses ini mempunyai istilah Yunani iaitu ‘Makan dengan sendiri’.

Ketika tubuh seseorang lapar, sel-sel tubuhnya juga akan merangsang dalam keadaan lapar. Pembentukan protein khusus, Autophagisom akan wujud dalam jangka masa kurang dari lapan jam dan tidak lebih dari 16 jam.

Protein Authophagism akan memakan sel-sel yang sudah rosak atau mati. Ini kerana sel-sel itu akan digunakan semula untuk menghasilkan tenaga.

Selain itu, sel lapar ini juga akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh badan. Proses ini dikatakan sangat penting bagi mencegah penyakit berjangkit, pembentukan sel kanser dan gangguan neurodegeneratif seperti nyanyuk dan parkinson.

Manakala badan juga akan melakukan satu lagi proses iaitu Autolisis. Jika kita berpuasa sudah tentu badan akan merasa letih bermula jam 12 tengahari hingga enam petang sebelum berbuka.

Perkara ini terjadi kerana tubuh badan kita sedang melakukan Autolisis di mana proses pembuangan sel-sel yang telah mati atau rosak itu berlaku.

Bayangkan betapa susahnya organ badan sentiasa bekerja tanpa henti. Namun dengan adanya ibadah puasa ini, tubuh badan kita secara tidak langsung berehat sambil melakukan pembersihan sel badan. Susulan itu, badan kita juga akan menjadi bertambah sihat.

Boleh disimpulkan bahawa penyelidikan Dr Yoshinori Ohsumi sangat bertepatan dengan amalan puasa Isnin dan Khamis. Ini kerana beliau menyarankan agar seseorang menjalani praktik laparkan diri sebanyak dua atau tiga kali seminggu.

Inilah dia rahsia di sebalik keistimewaan puasa sunat yang sudah lama disarankan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Maka, marilah sama-sama kita mengamalkan sunnah ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: