Purata Tinggi Melebihi 2 Meter, Ini Keluarga Tertinggi Dunia

Di Malaysia, jika mempunyai ketinggian melebihi 170cm sudah cukup untuk seseorang dikatakan tinggi. Bayangkan pula kalau setiap orang dalam keluarga anda semuanya mempunyai ketinggian melebihi 2 meter.

Kenali keluarga Trapp, keluarga tertinggi dunia yang tinggal di Esko, Minnesota. Mereka mempunyai purata ketinggian setinggi 203.29 cm.

Menurut Guinness World Record, dalam keluarga mereka, yang paling rendah ialah Krissy Trap yang mempunyai ketinggian 191.2cm. Walaupun dia gemar untuk katakan dirinya yang paling pendek dalam keluarga namun dengan ketinggiannya itu, dia sudah jauh lebih tinggi daripada wanita biasa.

Suaminya, Scott pula setinggi 202.7cm manakala dua anak perempuan mereka, Savanna dan Molly masing-masing mempunyai tinggi 203.6cm dan 197.26cm.

Paling muda dalam keluarga, Adam Trapp ialah yang paling tinggi iaitu 221.71cm. Ketinggian mereka ini, jika digabungkan adalah sepanjang separuh gelanggang tenis.

Menjadi keluarga paling tinggi di dunia, sudah pasti akan ada komplikasi yang harus mereka tempuhi. Kongsi keluarga itu, mereka pernah mengalami masalah sewaktu membesar yang mana juga meninggalkan kesan regangan pada tubuh mereka. Kata Savana, dia pernah meninggi sebanyak satu inci setengah dalam tempoh masa sebulan.

Keluarga Trapp juga mengalami masalah membeli pakaian kerana susahnya untuk mencari saiz pakaian yang kena dengan mereka. Namun begitu, mereka tetap akui menjadi tinggi tutut mempunyai kelebihannya.

Antaranya ialah anak-anak mereka sering direkrut oleh sekolah untuk menyertai sukan untuk orang tinggi – bola keranjang dan bola tampar.

“Ada kegembiraan dan kebebasan dalam menerima siapa diri awak,” kata Savanna. “Bangga dengan apa yang awak ada. Tiada orang lain yang sama seperti awak.”

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: