Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12), Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu mencapai kemenangan yang besar jika semua jentera tidak hilang fokus menjelang hari pengundian 18 Disember ini.
Kata, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, Pengerusi GPS, semua ahli parti komponen bersama barisan pemimpin perlulah menggalas tanggungjawab untuk memastikan hasrat itu tercapai.

Menyifatkan keadaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak seperti perlawanan bola sepak yang memasuki waktu kecederaan, beliau berkata semua ahli parti harus bekerjasama dan begerak seiring dalam menepis tentangan parti lawan. Beliau yakin dengan kerjasama yang jitu antara semua jentera, GPS mampu menyapu kesemua 82 kerusi dalam PRN ini.
“Kita (DUN Sarawak) sekarang sudah berada dalam masa kecederaan (selepas tempoh DUN tamat Jun lalu) dan hanya menunggu masa untuk penentuan ‘sepakan penalti’ pada 18 Disember nanti.
“Untuk itu, kita harus bergerak dalam satu nada, satu irama dan satu lagu iaitu lagu GPS untuk menghadapi saat terpenting itu dan saya yakin dengan satu semangat, kita boleh sapu semua 82 kerusi DUN Sarawak,” katanya dalam Majlis Pelancaran jentera Pilihan Raya GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Tempoh hari, beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Barisan Nasional (BN) yang memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada PRN-12 Sarawak ini. Menurutnya, beliau yakin ini adalah kerana pemimpin politik parti itu memahami situasi politik di Sarawak lalu memutuskan untuk tidak meletakkan calon.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden BERSATU) dan Tan Sri Annuar Musa (Ahli Majlis Tertinggi UMNO) yang mengumukan untuk tidak meletakkan calon masing-masing pada pilihan raya Sarawak.”
Selepas pengumuman Muhyiddin, penyandang satu kerusi DUN Sarawak yang dimiliki BERSATU di Krian, Datuk Ali Biju dijangka memberi laluan kepada GPS untuk mengganti.
Dalam pilihan raya ini, GPS sudah memutuskan untuk bertanding di semua 82 kerusi DUN yang akan diadakan 18 Disember ini.
Dengan sesetengah parti lawan menarik diri, adakah ini peluang untuk GPS menyapu semua 82 kerusi DUN Sarawak?
Untuk membaca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: