Calon dari Barisan Nasional, Mohamad Alamin muncul sebagai pemenang dalam pilihanraya kecil Kimanis, dengan jumlah majoriti bertambah dari keputusan PRU14 yang lalu.
Alamin telah menang dengan majoriti 2,029, menewaskan calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang.
Pada pilihanraya yang lalu, calon Barisan Nasional yang merupakan bekas Menteri Luar, Datuk Anifah Aman telah menang dengan majoriti tipis 156 undi, menewaskan Karim Bujang dalam PRU14.
Kemenangan ini lebih besar dari sebelum ini, dan dilihat beberapa sebab, selain dari masalah ekonomi serta kerajaan Pakatan Harapan yang tidak cakna dengan masalah rakyat, isu yang paling utama ialah isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang ditawarkan kepada pendatang tanpa izin (PTI) oleh kerajaan.
Sabah mengalami masalah kedatangan PTI yang serius, dan majoriti yang datang ke sini melalui laut dari kepulauan Sulu di Filipina.
Kawasan yang luas serta kesukaran untuk mengawal kawasan perairan negara di Laut Sulu, menyebabkan kebanjiran PTI ini menimbulkan banyak masalah kepada penduduk tempatan.
Antara masalah yang timbul ialah j3nayah, pengedaran d4dah, masalah setempat serta persaingan dalam pekerjaan dengan penduduk tempatan.
Dalam laporan Ilham Centre menunjukkan Warisan mempunyai kelebihan, selain mempunyai jentera kerajaan Persekutuan dan negeri, ia juga dihadiri oleh banyak menteri-menteri yang turun ke sana.
Tetapi ia masih tidak mampu untuk mengubah keputusan, bahkan bertambah teruk keputusannya berbanding sebelum ini.
Kenyataan-kenyataan menteri-menteri kerajaan yang tidak cakna tentang permasalahan rakyat juga sedikit sebanyak menyakitkan hati pengundi di Kimanis pada PRK kali ini.
Ini adalah kemenangan kelima dalam PRK oleh Barisan Nasional sejak tewas dalam PRU14 yang lalu.