Kebelakangan ini dapat dilihat di media sosial terutamanya mengenai rungutan orang ramai mengenai kesesakan jalan raya khususnya di ibu kota. Hal yang demikian turut membuatkan segelintir pengguna memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Pertambahan kenderaan dalam negara jelas terbukti menerusi laporan tahun 2021 di mana sebanyak 33.3 juta kenderaan berjaya didaftarkan di seluruh negara berjaya dicatatkan. Hal ini buat pertama kalinya jumlah kenderaan dalam negara mengatasi jumlah penduduk di Malaysia iaitu sebanyak 32.7 juta setakat tahun ini.
Menurut laporan tinjauan Dr Kulanthayan K.C. Mani Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, pihak mereka melihat situasi ini sebagai sesuatu yang tidak sihat di mana jumlah kenderaan dilihat meningkat secara mendadak sejak tahun 2019.
Berdasarkan peratusan, 47.3% daripadanya adalah kenderaan jenis kereta diikuti dengan 46.6% motosikal manakala selebihnya adalah kenderaan jenis barangan dan pengangkutan.
Tambahan pula, beliau turut mengulas tentang cadangan untuk membina lebuh raya dan melebarkan jalan.
Beliau berkata, cadangan itu tidak mampu untuk menangani masalah kesesakan yang sedang berlaku. Sebaliknya kerajaan diminta untuk menambah baik sistem pengangkutan awam sedia ada.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: