Permainan Blok, Lego Cipta Sejarah Bermula Daripada Kayu Biasa

Permainan Blok, Lego Cipta Sejarah Bermula Daripada Kayu Biasa
Permainan Blok, Lego Cipta Sejarah Bermula Daripada Kayu Biasa
Sumber: CNBC

Lego merupakan satu nama yang sangat popular dan sering meniti di bibir masyarakat. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan permainan blok boleh dicantumkan antara satu sama lain. Namun, adakah anda tahu bagaimana Lego ini bermula?

Sejarah Lego bermula apabila seorang tukang kayu bernama Ole Kirk Christiansen yang dilahirkan pada tahun 1891. Pada tahun 1932, ketika berusia 12 tahun dia telah membuat permainan blok dari kayu di sebuah bengkel kecil. Kemudian dia menamakan sebagai Lego.

Pada mulanya, Lego berasal daripada perkataan Denmark iaitu Leg Godt. Dengan hanya bermula dari permainan kayu Lego seterusnya menggunakan bahan plastik dalam pembuatan blok pada tahun 1947.

Ketika itu, syarikat Lego asalnya dari Denmark juga merupakan yang pertama memiliki mesin suntikan acuan. Bukan itu sahaja, syarikat itu juga berkembang daripada 6 orang menjadi 40 pekerja.

Sebenarnya, Ole Kirk mendapat idea untuk Lego dari sebuah syarikat mainan British yang dikenali sebagai ‘Kiddicraft Self-Locking Building Bricks’.

Melalui dari situ, dia mendapat ilham untuk membuat versi mereka tersendiri. Kemudian, mereka membuat blok plastik itu yang mempunyai seperti pasak dan berlubang di bawahnya. Maka, terhasillah blok Lego yang kita kenali sekarang pada tahun 1958 walaupun pengasasnya sendiri tidak sempat untuk menyaksikan ciptaannya.

Lego pada ketika itu membuat 2 jenis blok mainan, iaitu kayu dan plastik. Namun begitu, pada tahun 1960, gudang Lego terbakar dan mereka telah mengalihkan fokus untuk membuat alat mainan dari plastik sahaja.

Anda percaya atau tidak bahawa Lego mengeluarkan produk yang jitu dari segi ketepatan. Setiap lego yang dihasilkan oleh mesin mempunyai ketepatan 0.002 milimeter dan hanya 18 blok dari sejuta yang dihasilkan akan mengalami kecacatan.

Walaupun begitu, jualan Lego masih mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa. Jika jualan tahunan mereka disusun dengan jumlah blok Lego yang terjual, ianya mungkin mampu mengelilingi bumi sebanyak 5 kali.

Kini terdapat pelbagai jenis lego, ada berbentuk kereta dan juga kapal angkasa Star Wars. Menara Lego yang tertinggi di dunia mempunyai ketinggian 28.7 meter dan memerlukan sebanyak 465,000 blok Lego.

Sehingga hari ini, syarikat Lego bukan sahaja hanya membuat blok permainan tetapi sudah menjangkau dari filem animasi serta mempunyai taman tema sendiri.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: