Perbezaan 4 Platform Penstriman Terkenal Di Malaysia

Terdapat banyak pilihan penstriman yang ditawarkan untuk anda menikmati filem dan rancangan kegemaran.

  1. Netflix

Netflix boleh dikatakan antara platform penstriman paling terkenal di seluruh dunia yang dilancarkan di Amerika Syarikat sejak akhir 1990-an.

Platform ini menawarkan pelbagai rancangan TV tempatan dan antarabangsa yang memenangi anugerah filem, anime, berita, dokumentari dan banyak lagi.

2. Disney+ Hotstar

Disney+ Hotstar baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada bulan Jun tahun lepas.

Melalui platform ini, anda dapat menonton filem-filem Disney dalam resolusi Ultra HD 4K dengan audio Dolby Vision dan Dolby Audio.

Disney+ Hotstar menawarkan pelan selama tiga bulan yang membenarkan hanya dua peranti sahaja di bawah satu akaun.

3. Viu

Viu antara platform yang paling mampu milik yang boleh anda langgan atau anda juga boleh menonton secara percuma tetapi dengan iklan.

Platform ini sudah tersedia sejak tahun 2015 lagi dan berasal dari Hong Kong. Viu menjadi terkenal di Malaysia terutamanya dalam kalangan peminat drama Korea.

4. HBO GO

Manakala, HBO GO pada awalnya dilancarkan hanya untuk pelanggan Astro sebagai sebahagian daripada ‘Movie Pack’ Astro.

Namun, kini HBO GO sudah tersedia buat semua dan boleh dilanggan secara dalam talian pada peranti iOS dan Android.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: