Pada 1 Mac 2020 yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan .
Istiadat angkat sumpah berkenaan menamatkan kemelut politik yang melanda negara sejak 22 Februari lalu.

Pada masa yang sama, Malaysia sedang berhadapan dengan dua isu besar, iaitu penularan wabak COVID-19 dan kesan ketidaktentuan ekonomi global.
Setelah mengumumkan barisan kabinet pada 9 Mac, beliau sekali lagi muncul untuk membuat perutusan khas pada 16 Mac bagi mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilaksanakan dua hari selepas itu.
Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan adalah bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dalam masa terdekat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan bekas pesakit kanser perlu menggalas tanggungjawab yang berat apabila beliau perlu memastikan rakyat berada dalam keadaan selamat.
Meskipun berulang kali beliau mengingatkan dan merayu agar seluruh rakyat Malaysia untuk mematuhi arahan tersebut, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang ingkar.
Malaysia yang kini sudah mencatakan 21 kematian setakat 12 tengah hari tadi, telah menyebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Semalam, buat pertama kalinya dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia memimpin bacaan doa bagi seluruh rakyat bagi memohon agar wabak ini segera berakhir.
Menurutnya, sebagai manusia kita telah berikhtiar sedaya upaya untuk menangani krisis yang sedang dihadapi ini. Namun, pesannya penentu kejayaan kita ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.
Tinjauan penulis di laman Facebook dan Twitter mendapati ramai yang sebak dan mula memberi kepercayaan kepada beliau.

Aku semakin suka TSMY. At least for now.
— HermyR (@HermyRahim) March 25, 2020
Sumpah proud of current pm baca doa by himself mase live truly leader π€²π»π pic.twitter.com/w3hB665jK1
— ππͺπ· (@hananishuhaimi) March 25, 2020
Terasa sebak dan sayu tatkala mendengar bacaan doa oleh TSMY. Semoga urusan kita dipermudahkan-Nya.
— Neelofa (@Neelofa) March 25, 2020
terima kasih PM dan semua barisan kabinet!
— Faeez (Maan) (@faeezzainal) March 26, 2020
honestly ramai yang dah start mula suka TSMY.
kita jaga kita! pic.twitter.com/59ZOKU4AK9
Perdana Menteri akan mengumumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh pada 27 Mac ini susulan impak penularan COVID-19 di negara kita.
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memastikan tiada rakyat yang akan dipinggirkan. Sama ada pemandu teksi, pemandu Grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger mahupun pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan rakyat memperoleh manfaat.
βMungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat,β kata Perdana Menteri pada perutusan khas semalam.
Jadi, marilah kita bersama-sama membantu beliau dengan duduk di rumah dan teruskan berdoa agar seluruh dunia terutamanya negara Malaysia bebas daripada wabak COVID-19 yang membahayakan ini.
Semoga Tuhan panjangkan umur dan mempermudahkan urusan beliau untuk memimpin negara.