Pilihanraya Presiden, Penentuan Taiwan Dalam Hubungan Dengan Beijing

Esok, 11 Januari 2020 – adalah hari penentuan untuk 23.7 juta warga Taiwan kerana esok ialah hari pilihanraya Presiden dan Yuan (parlimen di Taiwan). Pilihanraya kali ini dilihat sebagai penentu kerana Presiden Tsai Ing-wen, dari Parti Demokratik Progresif (PPD) yang mahu terus menerus menentang campurtangan Beijing dalam urusan Taiwan.

PPD, parti yang memperjuangkan kemerdekaan Taiwan, disamping memperjuangkan hak asasi manusia, berkempen dalam pilihanraya kali ini dengan satu mesej: undi kami jika tidak mahu perkara yang sama seperti di Hong Kong.

Mesej kempen tersebut jelas merujuk kepada dem0nstrasi jalanan di Hong Kong, yang menentang usul ekstradisi sekiranya penj3nayah melarikan diri keluar dari Hong Kong, polis China boleh menahan penj3nayah tersebut.

Rakyat Hong Kong melihat ini sebagai campurtangan Beijing yang melanggar perjanjian dalam “satu negara dua sistem” yang dipersetujui ketika Britain menyerahkan pulau tersebut pada tahun 1997.

Taiwan, atau nama rasminya Republik China (berbeza dengan di tanah besar iaitu Republik Rakyat China), diasaskan oleh Kuomintang (KMT) selepas kalah perang dengan Parti Komvnis China (CCP) pada tahun 1949. Dalam peperangan saudara yang berlanjutan sejak 1927, CCP yang dipimpin oleh Mao Zedong telah menang, namun tidak berjaya ke pulau Taiwan berikutan tentera komvnis, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) tidak mempunyai kapal untuk ke pulau tersebut.

Taiwan kemudiannya diletakkan di bawah payung nvklear oleh Amerika Syarikat, dan kemudiannya membina pertahanannya sendiri.

Sejak 1949 hingga 1975, Taiwan diperintah oleh Generalissmo Chiang Kai Shek, sementara anaknya, Chiang Ching Kuo pula menggantikan ayahnya sehingga akhir hayatnya pada tahun 1988.

Sejak pertengahan 1970an hingga 1980an, pergerakan “Tangwai” iaitu parti di luar Kuomintang mula bergerak dan mula men3ntang Kuomintang kerana pemerintahan satu parti. Pada tahun 1986, PPD ditubuhkan dan sejak itu ia adalah parti yang berhaluan tengah-kiri yang menjadi pembangkang kepada Kuomintang.

Taiwan mencipta sejarah pada tahun 2000, apabila memilih Chen Sui Bian, iaitu Datuk Bandar Taipei sebagai Presiden Taiwan, kerana ini kali pertama Parti Kuomintang tidak lagi memerintah Taiwan sejak 1949. Pun begitu, Chen menghadapi krisis dalam kariernya apabila berdepan dengan pelbagai skandal, serta krisis ekonomi yang menyebabkan pada tahun 2008, Kuomintang berjaya mengambil alih semula Taiwan.

Bagaimanapun pada tahun 2016, Tsai Ing-wen telah berjaya kembali memenangi kerusi Presiden, dengan retorik mahu menuntut kemerdekaan Taiwan daripada tanah besar China.

Satu negara, dua sistem – pr0paganda dari Republik Rakyat China di Mawei, sebuah bandar pelabuhan yang menghadap Pulau Taiwan

Kuomintang, parti yang menentang PPD, memegang ideologi “satu China”, dan mahu bersatu dengan tanah besar kerana menganggap mereka sebagai pemerintah yang sah di tanah besar dan bukannya CCP. Parti nasi0nalis ini meletakkan Han Kuo-yu, iaitu Datuk Bandar Kaohsiung sebagai calon presiden.

Han memperjuangkan isu ekonomi, pembangunan dan kedudukan Taiwan dalam dunia yang kini semakin sukar, akibat satu per satu negara memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan, dengan hanya 15 negara sahaja yang mengiktiraf negara tersebut.

Sementara Tsai pula berkempen men3ntang Beijing, yang dipimpin oleh Presiden Xi Jinping, yang mengatakan penyatuan Taiwan dalam Republik Rakyat China “tidak boleh dielakkan lagi”.

Selain pemilihan presiden, rakyat Taiwan juga memilih 113 ahli Yuan (parlimen Taiwan) yang akan meluluskan undang-undang. Ramai penganalisis berpendapat pilihanraya Yuan juga penting memandangkan badan perundangan ini akan meluluskan undang-undang yang mengukuhkan hak asasi manusia, sekaligus men3ntang campurtangan Beijing dalam urusan pulau tersebut.

Pilihanraya kali ini penting kerana ia bakal menentukan kedudukan geopolitik China serta hubungan antara Selat Taiwan. Jika Tsai dan PPD menang, maka Beijing pimpinan Xi berkemungkinan besar akan lebih agresif lagi, memandangkan situasi di Hong Kong disamping kelembaban pertumbuhan ekonomi China sejak 2014, serta tekanan ekonomi kesan P3rang Dagang dengan Amerika Syarikat yang dilancarkan Presiden Donald Trump.