Peminat Game of Thrones Kini Berpeluang Untuk Tidur Di Istana Winterfell

Peminat Game of Thrones Kini Berpeluang Untuk Tidur Di Istana Winterfell

Bagi peminat rancangan HBO yang terkenal, Game of Thrones, Roch Castle menawarkan peluang untuk merasa seperti bangsawan di hotel bintang lima ‘Winterfell’ ini.

Roch Castle dilihat sangat mirip dengan banggunan Istana Winterfell dalam Game of Thrones. Bagaimanapun, istana ini sebenarnya sudah ada sejak 800 tahun lalu.

Istana yang terletak di pantai Pembrokeshire, Wales, UK ini adalah istana abad ke-12 yang kini menjadi hotel bintang lima dengan enam bilik tidur.

Bukan itu saja, istana ini juga mempunyai kisah sejarah serta legendanya yang tersendiri.

Sumber: Roch Castle

Pada asalnya ia dibina oleh kesateria Norman Adam de Rupe antara tahun 1195 dan 1210. Tetapi, ia mengalami kerosakan serius dalam pengepungan semasa Perang Saudara England.

Ruangan tertinggi di istana itu dinamakan sebagai De Rupe dan terdapat kisah mitos mengenai ruangan tersebut.

De Rupe memilih lokasi istana yang terpencil kerana takut akan ramalan yang mengatakan bahawa dia akan dibunuh oleh gigitan ular berbisa.

Mengikut ramalan tersebut, ular berbisa bersembunyi di dalam kayu bakar lalu menggigit dan membunuh De Rupe.

Pada tahun 1900, istana ini diubahsuai oleh Viscount St Davids. Kemudian pada tahun 2013, Keith Griffiths kelahiran Pembrokeshire membuat pengubahsuaian lengkap disamping mengekalkan sebahagian besar struktur asalnya di luar.

Di dalam istana, ruang makan bangsawan, kapel, dan juga bilik tidur mempunyai rupa dan nuansa istana abad ke-12. 

Tetapi sebagai hotel bertaraf lima bintang, ia menawarkan semua keselesaan untuk memenuhi kehendak tetamu zaman kini.

Sumber: Timeless Gentleman

Manakala, di luar istana terdapat banyak perkara yang anda juga boleh dilakukan seperti jalan-jalan di pesisiran pantai.

Malah, pantai di sana menawarkan pemandangan indah yang akan menjadikan aktiviti bersiar-siar anda sesuatu yang tidak akan dilupakan.

Menara ini berdiri tinggi dan gah serta dapat dilihat dari bermeter-meter jauhnya. Menginap di sini pasti akan membuat anda berasa seperti Lord atau Lady of Winterfell!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:
Sumber: