Pelik Tapi Benar, Ini 5 Perkahwinan Yang Wujud Di Dunia

pelik-tapi-benar-ini-5-perkahwinan-yang-wujud-di-dunia

Perkahwinan selalunya melibatkan dua pihak iaitu pengantin lelaki dan perempuan. Namun, tahukah anda terdapat perkahwinan yang pelik dan tidak melibatkan pengantin lelaki dan perempuan sebaliknya dengan benda lain.

Berikut adalah lima perkahwinan paling pelik di dunia yang mungkin buat anda tercengang.

1. Diri Sendiri

pelik-tapi-benar-ini-5-perkahwinan-yang-wujud-di-dunia
Sumber: D-dek.com

Liu Ye, seorang lelaki berusia 42 tahun yang berasal dari China sangat mencintai dirinya sehingga nekad melangsungkan pernikahan tradisional di hadapan lebih 100 tetamu undangan. Liu Ye menampal gambarnya sendiri di atas sebuah papan styrofoam dengan memakai gaun merah pengantin beserta solekan.

2. Patung

pelik-tapi-benar-ini-5-perkahwinan-yang-wujud-di-dunia
Sumber: Twitter (@Davecat)

Davecat berkahwin dengan anak patung pada tahun 2000. Dia juga menganggap bahawa dia memiliki seorang isteri patung yang tidak akan menghabiskan semua wangnya, curang ataupun meninggalkannya.

3. Robot

pelik-tapi-benar-ini-5-perkahwinan-yang-wujud-di-dunia
Sumber: Blog Buruk

Pada 13 Ogos, seorang wanita, Bonnie Burton menjadikan watak atau robot R2-D2 daripada filem Star Wars sebagai pasangannya. Dinikahkan oleh Darth Maul pada upacara tersebut, pasangan ini selamat disatukan. Semakin maju teknologi ke hadapan, semakin pelik tingkah laku manusia dekad ini.

4. Jambatan

Sumber: Selongkar 10

Jodi Rose, seorang wanita yang jatuh cinta pandang pertama saat dia melihat Le Pont du Diable. Ia merupakan jambatan tua berusia 600 tahun yang terletak di Perancis bahagian selatan. Jodi Rose berkahwin dengan jambatan tua dan dihadiri 14 tetamu jemputan pada 17 Jun. Jodi Rose kelihatan sangat cantik dengan menggunakan gaun yang indah pada hari perkahwinannya.

5. Menara Eiffel

Sumber: Kaki Network

Erika berumur 39 tahun telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Beliau merupakan seorang bekas tentera yang menetap di San Francisco membuat pilihan untuk berkahwin dengan menara Eiffel dan merupakan pilihan terakhirnya.

Daripada lima senarai perkahwinan terpelik ini, mana yang anda rasa paling pelik?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: