Seorang pelajar di Kolej Perubatan Mahatma Gandhi Memorial ditangkap ketika pemeriksaan mengejut dijalankan.

Kes meniru memang sering terjadi di universiti-universiti perubatan di India atas sebab persaingan yang sengit antara pelajar. Pelajar ini berjaya diktangkap kerana meniru dengan membuat pembedehan mengimplan Bluetooth dalam telinganya.
Kejadian ini amat mengejutkan kerana sudah 11 tahun pelajar yang meniru tidak dapat dikesan di kolej tersebut.
Pelajar berkenaan sudah gagal berkali-kali dalam ujiannya dan ini ialah peluang terakhir untuk pelajar itu mengambil ujian tersebut.

Sebelum ujian bermula, pelajar diminta untuk memberi segala alatan elektronik milik mereka. Tanpa pengetahuan, sekumpulan pengawas mula memeriksa setiap pelajar secara mengejut lalu terus menjumpai telefon bimbit dalam poket sebelah dalam seluar pelajar berkenaan.
Mengikut penerangan The Daily Mail, pemeriksa kemudian menjumpai implan bewarna kulit di dalam telinga pelajar yang sepatutnya memberi jawapan padanya. Pelajar kedua juga berjaya dikesan Bluetooth pada telinga tetapi tidak diimplan dengan sempurna seperti pelajar yang pertama.

Kedua-dua pelajar telah diberikan kertas soalan baru tanpa penjelasan yang jelas atas mengapa mereka diberi peluang untuk meneruskan peperiksaan pada hari itu.
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan anda boleh klik pada pautan di bawah: